“selesa betul dia” -Netizen Puji Zizan Razak Layan Anak Syurga

Baru-baru ini ada seorang pengguna TikTok, nelysa_norazlan berkongsi satu video tentang pelakon dan pelawak terkenal tanah air, Zizan Razak yang membuat penghantaran keropok lekor ke rumahnya.

Apa yang menarik perhatian netizen apabila adik nelysa yang mesra dipanggil Akif kelihatan sangat teruja untuk berjumpa dengan artis kegemarannya dan tanpa disangka-sangka, Zizan tiba-tiba berada dihadapan pintu rumah mereka dengan membawa keropok lekor.

Pautan Video

Akif yang sememangnya meminati Zizan Razak kelihatan terkejut dan terus menghulur tangan untuk bersalam dengan pelakon dan juga pelawak yang diminatinya itu.

Aksi bersahaja Zizan melayan “anak syurga” itu telah mengundang pujian netizen dan lebih mencuit hati lagi apabila perut Zizan “ditumbuk” oleh Akif.

Menurut nelysa, Zizan sendiri menghantar keropok kepadanya kerana mereka sudah lama kenal, jadi sesiapa yang membuat pesanan keropok lekor tersebut tidak semestinya Zizan yang hantar ya.

Apa pun, Zizan sememang sempoi dan tak sombong dengan peminat. Semoga Zizan terus maju jaya dan cepat bertemu jodoh. – CARI

 

Sumber : Cari

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*