Hasil sumbangan orang ramai, Fila dan Adama bina sebuah masjid di Guinea Afrika Selatan

Kisah penyatuan pasangan dari Malaysia dan Afrika Selatan iaitu Puan Afilah Muhd Rushdi dan pasangannya iaitu Adama pernah menjadi tajuk utama perkahwinan berbilang bangsa yang selalu diikuti oleh netizen.

Walau bagaimanapun kini setelah memutuskan untuk menetap di Guinea, Afrika, pasangan itu telah menolong ramai penduduk Islam di sana dengan membuat pembangunan untuk keselesaan penduduk di sana.

Terbaharu di laman aplikasi Tik Tok, mereka berkongsikan pembinaan masjid yang telah dibuat di atas sumbangan orang ramai dari pelbagai negara termasuklah Singapura, Brunei, Indonesia dan tidak lupa juga dari Malaysia.

Menurutnya lagi, barangan seperti lampu kipas dan hiasan dalaman masjid itu telah dibeli di Malaysia dan dibawa ke sini sebagai hiasan dalaman dan barangan lain untuk melengkapkan masjid itu masih lagi dalam proses memilih memandangkan masjid pun masih dalam pembinaaan.

Pautan Video :

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mengucapkan tahniah kepada pasangan itu yang banyak menolong dan banyak menyumbang terhadap penduduk islam di sana

Komen Netizen:

 

Sumber : Tiktok filacamara

 

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*