“Boleh Beli Kereta Cash” -Ini Bayaran Kepada Bomoh Hujan Di MotoGP Indonesia, Lumayan!

Susuk seorang wanita yang berjalan di dalam hujan sewaktu acara berprestij MotoGP Indonesia mengundang perhatian ramai apabila dia dikenali sebagai bomoh hujan.

Pemilik nama Rara Istiani Wulandari menjalankan ritualnya di litar Mandalika tepat sebelum perlumbaan MotoGP diadakan.

Menerusi laman sosial Twitter, aksi Rara yang dikongsi oleh akaun rasmi MotoGP tular.

https://twitter.com/MotoGP/status/1505444909456801803?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1505444909456801803%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.mediakini.bbn.my%2F2022%2F03%2F21%2Fboleh-beli-kereta-cash-ini-bayaran%2F

Pada perkongsian tersebut, Rara mengenakan jaket berwarna merah dan hitam sambil berjalan berkaki ayam di atas trek.

Malah, aksinya sempat menjadi tontonan para pelumba dan kru pit yang ada di pit stop.

Memetik laporan Detik, kenali bomoh hujan ini.

Rara atau nama sebenarnya Raden Roro Istiati Wulandari, lahir di Papua pada 22 Oktober 1983. Rara berdarah jawa dan kini menetap di Bali.

Mempelajari ilmu menjadi pawang hujan semenjak dirinya berusia 9 tahun, Rara akan membawa alat-alat khusus miliknya sepanjang ritual ‘hentikan’ hujan berlangsung.

Rara cukup terkenal dan sering diundang bagi ‘menghentikan hujan’ di acara-acara besar di Indonesia. Antaranya adalah program vaksinasi nasional, kempen pilihan raya Jokowi dan pembukaan Asian Games 2018 di Jakarta-Palembang.

Menjadi bomoh hujan di MotoGP, Rara menerima bayaran cukup lumayan! Dia mendapat hampir ratusan juta rupiah (RM300,000) sepanjang tempoh 21 hari bekerja.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*