SaIah ke Saya Pergi Main Golf? Respon Padu Permaisuri Agong Bid4s Kenyataan Pengguna Twitter

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memb1das kenyataan seorang pengguna Twitter dengan nama V3N0MV yang mempert1kaikan tndakan baginda bermain golf di Kuala Lumpur.

Pengguna tersebut berkongsi laporan media di laman Twitternya yang mengatakan Tunku Azizah bermain golf di The Mines sebelum membuat kejutan kepada isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

” Syoknya time-time negara dalam bencana,” kata pengguna tersebut.

Twit pengguna tersebut telah mendapat reaksi pengguna lain yang mengec4m kenyataan itu.

Sementara Tunku Azizah bertitah di laman Instagram, baginda berada di Kuala Lumpur kerana berkenan menghadiri mahlis perkahwinan anak sahabat karibnya.

” Hati saya di Pahang bersama mngsa banjir dan saya akan kembali semula selepas Tuanku habis kerja di Kuala Lumpur.

” Salah ke saya pergi main golf? Saya buat program di Kuala Lumpur yang saya perlu hadiri sebagai Raja Permaisuri Agong dan kami akan kembali semula ke Pahang sebaik sahaja kerja di Kuala Lumpur selesai!,” titah baginda.

Terdahulu Tunku Azizah berkenan menunjukkan bakat baginda menggesek biola di hadapan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Baginda sebelum itu bermain golf di The Mines sebelum mengambil keputusan untuk membuat kejutan kepada isteri bekas Perdana Menteri itu.

” I was playing golf at The Mines and decided to surprise Tun Hasmah, pertama kali dalam hidup saya pegang violin…. esok nak pergi beli violin and belajar from Tun Hasmah,” titah baginda di dalam laman Instagramnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memberi pandangan positif kepada dua wanita yang disayangi rakyat itu. Mereka berasa teruja perkongsian Raja Permaisuri Agong itu.

Agong dan Permaisuri prihatin dengan nasib mngsa banjir

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membantu Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memasak untuk mngsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Seri Damai, Kuantan, Pahang Rabu lalu.

Menurut Istana Negara di laman Facebook, Seri Paduka Baginda berangkat tiba ke PPS itu setelah berkenan melawat dan meluangkan masa menyantuni mngsa banjir yang ditempatkan di PPS Wisma Belia dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Isap, Kuantan.

” Sudah menjadi kelaziman bagi Raja Permaisuri Agong menyingsing lengan baju menyediakan makanan kepada mngsa banjir di negeri Pahang.

” Sentuhan Yang di-Pertuan Agong dan air tangan Raja Permaisuri Agong mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap mngsa banjir dan golongan yang memerlukan bantuan,” katanya hari ini.

Seramai 128 orang daripada 49 keluarga telah dipindahkan di PPS ini setelah kediaman mereka dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak hari Sabtu lalu.

Menurutnya, Seri Paduka Baginda berdua mengajak seluruh rakyat bersama Baginda mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan sehingga mengorb4nkan nywa dan harta benda.

Sumber:k0smo dan IG Tunku Azizah

Sumber : https://www.asiakini.com/2021/01/11/salah-ke-permaisuri-main-golf/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*