“Neelofa Dah Mula Belajar Bahasa Arab,” Khusyvk Diaj4r Ustazah Perib4di

Umum mengetahui pengacara dan usahawan popular, Neelofa memperbaiki diri ke arah lebih baik sebagai hambaNya sejak tampil berniqab.

Terbaru, menerusi perkongsian penyanyi Amira Othman, wanita berusia 31 tahun itu dan beberapa rakan artis lain dilihat sedang mengikuti kelas ilmu agama mengenai bahasa Arab dan tafsir al-Quran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @amiraaothman

Hidayah adalah hadiah

Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat Neelofa sedang khusyuk mempelajari ilmu agama bersama ustazah peribadi di kediaman sendiri.

Video yang dimuat dengan penerangan yang bertulis hidayah itu bermakna setiap insan perlu mencari hidayah dan tidak semua orang mampu mendapat hidayah yang diinginkan.

“Hidayah ini adalah hadiah. Tak semua orang dapat. Hidayah ini kena cari. Macam kita sibuk cari rezeki untuk hidup macam ni,” kata Neelofa.

Malah bekas pengacara MeleTOP itu juga disifatkan tidak lokek berkongsi ilmu yang diperoleh bersama para peminat dan pengikutnya.

Usaha gigih pengacara Next To Neelofa dalam menuntut ilmu agama itu meraih pujian warganet yang mendoakan agar dirinya sentiasa dalam keberkatan Allah SWT.

Terdahulu menerusi laporan media, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu ada menyatakan hasrat untuk mempelajari bahasa Arab.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! DDP

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Instagram Amira Othman , lofa.sg , whatlofareads via motifviral

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*