Makin banyak serp1han pesawat ditemui di Laut Jawa

 

JAKARTA – Pasukan penyelam Indonesia berjaya menemui serp1han pesawat Boeing 737-500 pada kedalaman 23 meter di Laut Jawa pada Ahad, sehari selepas sebuah pesawat dengan 62 penumpang terhemp4s sebaik sahaja berlepas dari Jakarta.

“Kami mendapat laporan daripada pasukan penyelam bahawa kadar penglihatan di dalam air adalah baik, dan ini membolehkan mereka menjumpai serpihan pesawat berkenaan,” kata Ketua Marshal Udara Hadi Tjahjanto dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Kami yakin kawasan berkenaan adalah tempat pesawat itu terhemp4s.”

Terdahulu, Tentera Laut Indonesia sudah mengenal pasti lokasi pesawat itu terhemp4s, petang semalam.

Media tempatan melaporkan bahawa Panglima Tentera Laut Indonesia Laksamana Muda TNI Abdul Rasyid Kacong berkata, sekurang-kurangnya 10 kapal kapal sudah dihantar ke lokasi berkenaan bagi melakukan operasi pencarian.

“Koordinat sudah dikenal pasti dan sudah dimaklumkan kepada kapal tentera laut di kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Pasukan Palang Merah Indonesia telah menyediakan beberapa bot di Pantai Tanjung Kait, Kabupaten Tangerang, Banten bagi menunggu pasukan mencari dan menyelamat n4h4s pesawat.

Lima buah ambulans turut disediakan serta 100 beg m4y4t di lokasi sama bagi membawa m4ngs4 yang ditemui ke h0sp1tal.

Pesawat Sriwijaya Air SJ 182 terputus hubungan ketika dalam perjalanan dari Jakarta ke Pontianak sekitar jam 2.47 petang waktu tempatan pada Sabtu.

“Lebih 50 anggota PMI telah dikerah bagi membantu pasukan mencari dan menyelamat. Selain itu sebanyak 100 beg m4y4t disediakan,” kata Ketua Bahagian Pengurusan Bencana PMI Pusat, Ridwan S Charmab dalam satu kenyataan di Jakarta pada Sabtu.

 

Sumber : wowberita

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*