Seminggu lumpvh sebelah muka, Faye Kusairi selamat bersalin anak perempuan – “Saya akan kongsi gambar anak jika sudah bersedia”

SELEPAS seminggu mengalami penyak1it Bell Palsy atau lumpvh sebelah muka berpunca daripada keham1ilan, pelakon Faye Kusairi selamat melahirkan anak perempuan pada Ahad.

Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33, menerusi Instagramnya memberitahu, dia dan anak keduanya itu berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak perempuan kami pada hari Ahad lepas. Syukur ke hadrat Ilahi juga, saya dan bayi berada dalam keadaan sihat.

“Saya akan berkongsi gambar anak bila sudah betul-betul bersedia ya? Buat masa ini izinkan saya dan bayi berehat sepanjang saya menjalani tempoh berpantang,” katanya.

Faye Kusairi berkongsi berita kelahiran anak perempuannya di laman Instagram.

Faye juga turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatannya terutama selepas dia mendedahkan mengalami penyak1it Bell Palsy iaitu kelumpuhan otot muka, minggu lalu.

Saya akan berkongsi gambar anak bila sudah betul-betul bersedia ya? Buat masa ini izinkan saya dan bayi berehat sepanjang saya menjalani tempoh berpantang

FAYE KUSAIRI

PELAKON

Bell Palsy merupakan sejenis kelumpvhan pada sebahagian muka kerana saraf atau otot muka berhenti berfungsi. Antara simptom lazim akibat penyak`it berkenaan adalah muka senget sebelah terutama mata dan mulut tidak simetri.

“Terima kasih buat semua yang tidak putus-putus mendoakan kebaikan dan kesihatan saya berkenaan dengan Bell Palsy juga selama beberapa hari ini.

Faye diser4ng Bell Palsy beberapa hari sebelum bersalin anak kedua.

“Maaf, saya belum mampu nak balas semua komen mahupun DM (direct message). Saya akan cuba kongsikan perkembangan dari masa ke semasa (berkenaan penyak1it tersebut) termasuk juga sepanjang tempoh saya berpantang nanti,” katanya.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 April 2017. Pasangan ini turut mempunyai seorang anak lelaki, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.

Sumber : mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*