Menjadi lumrah kebanyakan manusia mahukan barangan atau perkhidmatan bagus tapi harga tidak terlalu mahal.
Selain akademik, kebanyakan ibu bapa juga menitikberatkan pengajian al-Quran untuk anak-anak.
Bagaimanapun, tular di media sosial perbualan seorang ibu mengenai isu bayaran kelas mengaji al-Quran untuk anaknya.
Kredit foto: Twitter
Menerusi perbualan itu, wanita terbabit mempersoalkan bayaran RM30 dikenakan terlalu mahal. Kecewa katanya dengan jumlah yuran yang menurutnya tidak masuk akal itu.
Menurut Apek @Mar_excel, tangkap layar perbualan itu bukan miliknya, sebaliknya dia hanya berkongsi kepada umum.
Tindakan wanita terbabit mengundang rasa tidak puas hati di kalangan pengguna Twitter lain.
Kredit foto: Twitter
“Kalau senang nak ajar (mengaji al-Quran), kenapa dia tak ajar sendiri?” komen netizen.
Sementara itu, Apek turut berkongsi ciapan penjelasan mengenai hukum mengambil upah mengajar al-Quran.
HUKUM AMBIL UPAH MENGAJAR AL QURAN
Isu ini berlaku padanya khilaf ulama berkenaan hukumnya. Sebahagian ulama seperti Ibn SyihÄb Al-Zuhri tidak membenarkan ambil upah dari mengajar Al-Quran. pic.twitter.com/LVQiLAoAvz
— Muhammad Fahmi (@fahmirusliMFR) December 14, 2020
Kalau upah mengajar mengaji dibayar seikhlasnya, berapa yang nak dibayar tu? – CARI
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress
Sumber: cari
Leave a Reply