“Bukan Sengaja Tarik Diri…”- Isteri Disahkan Positif C0v1d-19, Ayai Illusi Pula Alami Sak1t Ini

Penyanyi Ayai Illusi mengakui bukan sengaja menarik diri dari melakukan persembahan duet bersama Ashira iaitu bintang finalis Gegar Vaganza musim ke tujuh (GV7) yang sepatutnya dijadualkan semalam .

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayai Illusi (@ayaiillusi_official)

Menurut Ayai atau nama sebenarnya Zaharuddin Kamaruddin, 58, selain kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan dia juga terpaksa kuarantin kerana merupakan kont4k rapat kepada isterinya, Siti Hajar Ali, 51, yang disahkan posi tif Co vid-19.

“Saya mahu memohon maaf kepada Ashira dan seluruh produksi GV7 kerana tidak dapat meneruskan persembahan pada malam tadi.

“Sebenarnya sejak bulan lalu saya ja tuh sa kit dan tidak dapat berjalan kerana doktor mengesahkan usus saya beng kak dan buah pinggang saya juga terkena jang kitan ku man.

“Dalam masa seminggu saya berulang alik ke hospital dan dijaga rapi oleh isteri saya, tiba-tiba isteri saya mengadu badannya se ram sejuk dan tiada deria rasa.

“Selepas membuat pemeriksaan, isteri saya disahkan po sitif Co vid-19 pada 28 November lalu. Saya terkejut dan sedih mengenangkan nasib isteri saya.

“Jadi bukan saya sengaja tarik diri, saya dan seluruh ahli keluarga juga perlu kuarantin kerana kon tak rapat kepada isteri,” katanya.

Juara GV1 itu dihubungi Astro Gempak menjelaskan perkara tersebut selepas dia memaklumkan tidak dapat meneruskan persembahan dalam siaran langsung Konsert Akhir GV7 semalam.

Selain isterinya, anak sulung perempuannya yang berusia 31 tahun turut disahkan po sitif Co vid-19.

Pun begitu, Ayai bersyukur dia disahkan negatif Covid-19 dan sudah bebas dari kuarantin mulai hari ini.

“Alhamdulilah, isteri saya kini pun sudah pulang ke rumah dan tamat kuarantin begitu juga dengan anak saya.

“Saya juga baru sahaja po tong ‘gelang pink’ dan tamat kuarantin pagi tadi. Cuma saya masih perlu melakukan pemeriksaan penuh terhadap kesihatan saya untuk mengetahui lebih lanjut apakah sebenarnya penya kit yang saya alami.

“Esok saya akan ke hospital untuk membuat pemeriksaan terhadap usus, buah pinggang , jatung dan sebagainya. Saya harap dapat sembuh dan sihat seperti sedia kala,” katanya lagi.

Sekadar info Ayai memulakan kerjaya sebagai penyanyi selepas menyertai pertandingan realiti Bintang RTM pada tahun 1986, seterusnya menganggotai kumpulan Illusi pada tahun 1988.

Sumber: Gempak, Ig @ayaiillusi_official)

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*