Pelakon sensasi, Nadia Brian akhirnya membuat pengesahan rasmi tentang status hubungan bersama suami. Dia mengesahkan suaminya, Muizz Nasruddin sudah memfailkan kes perce.raian mereka di mahkamah.
Perkara tersebut dikongsi Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 29, dalam satu temu bual bersama program Melodi semalam.
Nadia ketika dihubungi Kosmo! Online mengesahkan perkara tersebut dan kini menunggu tarikh perbicaraan daripada pihak mahkamah.
“Ya, dia sudah failkan perceraian dan kini tunggu tarikh untuk kami hadir ke mahkamah,” katanya ringkas.
Dalam temu bual bersama Melodi, Nadia menjawab pihak suaminya sudah memfailkan ke.s mereka namun masih belum dibicarakan berikutan penutupan mahkamah.
“Saya tahu ramai yang mencari sebelum ini untuk dapatkan kenyataan tentang isu sekarang. Minta maaf sebab tak dapat menjawab sebab saya pun sibuk dengan pengambaran drama.
“Status sekarang, pihak sana sudah failkan cuma mahkamah belum buka sebab pandemik Co.vid-19. Kemudian baru saja beroperasi semula pada 6 Disember lalu dan sekarang menunggu tarikh,” katanya dalam temu bual tersebut.
Bagaimanapun, dia tidak memaklumkan lokasi dan punca suaminya memfailkan kes percera.ian mereka.
Sementara itu, dalam Instagramnya, pelakon drama Titian Takdir itu memberitahu semua tud.uhan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini adalah fitnah.
“Kita tunggu mahkamah buka dan doakan semuanya dipermudahkan.
“Jika tiada bukti, semua tuduhan terhadap saya ialah fit.nah. Selama ini saya diamkan diri bukan kerana takut tetapi tidak mahu keruhkan keadaan.
“Fitnah, kata-kata yang tidak baik kepada saya dan keluarga selama ini tak akan saya maafkan kecuali mereka datang sendiri memohon kemaafan,” katanya lagi.
Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan tersebut hangat diperkatakan sejak Oktober lalu.
Lebih mencetuskan tanda tanya, Muizz turut mendedahkan Nadia berlaku curang terhadapnya bersama dua lelaki lain.
Nadia dan Muizz yang juga seorang ahli perniagaan mendirikan rumah tangga pada 9 November 2019
Sumber : KosmoOnline
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress
Leave a Reply