Pintu Rumah Azlee Senario Pula Diketuk Pada Lewat Malam. Azlee Jelaskan Siapa Mereka

Beberapa tempat di Malaysia kini di kejutkan dengan fenomena ketukan misterii. Namun lain pula pengalaman yang di lalui oleh bekpas pelawak terkenal tanah air, Azlee Senario apabila rumah beliau di ketuk pada lewat malam kerana memerlukan pert0longan

Pelawak Azlee Senario mendedahkan, ada dalam kalangan penduduk yang datang ke rumahnya di Taman Saujana Utama, di sini untuk meminta bantuan beras berikutan menghadapi kesulitan hidup akibat pen-ularan C0vid-19.

Pemilik nama penuh Azlee Jaafar berusia 52 tahun itu berkata, setakat pengetahuannya ramai dalam kalangan penduduk di kawasan perumahan tersebut hilang pekerjaan dan mengalami pemotongan gaji akibat penularan pandemik tersebut.

“Sangat menyedihkan apabila ada dalam kalangan mereka yang mengetuk pintu rumah saya dan meminta beras pada lewat malam. Saya amat simpati dengan nasib mereka, jadi saya beri dahulu bantuan mengikut kemampuan saya sebagai anak seni.

“Ramai juga yang berjumpa saya dan bertanya cara hendak meminta sumbangan dan sebagainya. Memandangkan saya bekerjasama dengan NGO, jadi kita akan kenal pasti mereka yang betul-betul terkesan akibat situasi Covid-19.

“Kita bantu mereka kerana ALLAH dan mudah-mudahan jasa baik kita ini mendapat balasan daripadaNya,” katanya yang juga seorang pelakon kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan kepada penduduk Kejiranan Lili (KELI), Saujana Utama yang disampaikan oleh Pertubuhan Program Ceria Al-I’tisam (Al-I’tisam), hari ini.

Seramai 70 keluarga menerima bantuan daripada NGO berkenaan dan Azlee merupakan salah seorang aktivis Al-I’tisam.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Program Ceria Al-I’tisam, Mohd Shah Sapiei berkata, bantuan disampaikan itu adalah bantuan pek makanan asas.

Antara penerima yang menerima sumbangan yang disampaikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Program Ceria Al-I’tisam (Al-I’tisam) hari ini.

“Pek makanan asas ini adalah daripada Food Bank Al-I’tisam yang mengandungi lima belas jenis barangan dan mencukupi untuk keperluan sepanjang sebulan bagi isi rumah yang tidak melebihi lima orang.

“Pada masa sama Al-I’tisam menawarkan kepada penduduk yang hilang sumber pendapatan untuk mendapatkan bantuan makanan secara bulanan hingga keadaan ekonomi mereka kembali pulih,” katanya.

Tambah beliau, bantuan berkenaan adalah di atas permintaan Azlee dalam usaha membantu golongan memerlukan.

Azlee Jaafar (lahir 11 Jun 1967) ialah seorang pelawak dan pelakon Malaysia. Beliau lahir di Johor dan mula mencipta nama bersama kumpulan komedi Senario pada era 1990-an.[1] Beliau juga adalah seorang penggiat muzik ghazal di Johor.

Pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) pada edisi FFM 14 (1999) menerusi filem Senario The Movie.

Selain lakonannya sebagai pemuda terencat akal dalam filem tersebut, lakonan Azlee sebagai pengusaha warung roti canai dalam filem Lagi-Lagi Senario (2001) juga mendapat pujian ramai pengkritik. Beliau juga amat terkenal dengan lawak membuat muka pelik kerana lawak muka peliknya itu dibuat dari mula menjadi artis sehingga sekarang.

Sumber : Sinar Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*