“Selepas Pengesahan Jantina,…” – Eizlan Umum Isteri Hamil 5 Bulan, Tahniah!

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya, Datin Seri Natasha Rosa kini hamil lima bulan.

Ketika dihubungi Gempak, Eizlan, 49, memaklumkan isterinya itu dijangka melahirkan bayi pada April tahun depan.
“Alhamdulillah, memang gembira untuk sambut bayi tidak lama lagi. Lagipun, saya memang suka anak-anak.

“Anak-anak yang lain pun, mereka suka bila dapat tahu akan dapat adik baru,” katanya.
Menurut Eizlan lagi, dia juga sudah mengetahui jantina bayi tersebut, namun memilih untuk tidak berkongsi kepada umum terlebih dulu.

“Secara kasar dah tahu (lelaki atau perempuan). Cuma, saya nak tunggu dalam sebulan dua untuk pengesahan betul-betul jantina bayi,” katanya.

Jelasnya lagi, biarpun teruja untuk menimang anak keempat, persiapan kelengkapan bayi masih belum dilakukan lagi.

“Tunggu dapat pengesahan jantina bayi nanti barulah saya dan isteri akan beli barang,” katanya.

Pada masa sama, katanya isterinya itu juga sudah melepasi fasa morning sickness.

“Sekarang dah okay, cuma dia agak cepat letih, biasalah orang mengandung,” katanya.

Eizlan mendirikan rumah tangga dengan Natasha, 30, pada 12 Disember 2019.

Sebelum ini Eizlan pernah berkahwin dengan Vie Santie Harun sebelum bercer.ai pada 2015.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Eizlan mempunyai tiga cahaya mata iaitu Vie Zara, 12, Zareef Yusof, 10, dan Vie Zaalia, 7.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof)


Kredit foto: Instagram @sashaboudville & @eizlanyusof

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*