Lvmpuh Sebelah Muka, Keadaan Terkini Faye Kusairi Buat Ramai Terkedu

Susulan kisah dirinya terkena ser4ngan Bell’s Palsy yang mengakib4tkan lvmpuh pada sebahagian wajah, pelakon Faye Kusairi mengakui ramai yang cukup prihatin dengan keadaannya itu.

Bahkan, kata Faye, dia juga tidak putus-putus menerima notifikasi mesej daripada orang ramai di media sosial yang bertanyakan status keadaan dirinya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@fayekusairi)

Begitupun, Faye yang sedang sarat mengandung anak kedua itu meminta umum agar tidak usah terlalu risau dengan keadaan kesihatannya.

“Di sini saya nak kongsikan yang saya sihat walafiat. Tak murvng, tak ada pemikiran negatif. Saya berulang kali lakukan rawatan dan senaman serta makan ubat yang disarankan oleh pihak hospital terutamanya doktor saya.

“Jangan risau ya semua, saya tak down. Saya tak murung. Saya tak sedih. Malah bersyukur diberi ‘rezeki’ ini untuk sentiasa tahu yang Allah sayangkan saya sebab tu Dia bagi saya pengalaman ini untuk sentiasa muhasabah diri,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Jelas Faye, dia turut berterima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat mengenai dirinya.

“Saya belum sempat nak balas satu-satu sebab memang banyak dan saya sedang berehat menunggu hari untuk bersalin.

“Harap semua faham dan saya nak anda semua tahu yang saya dah baca DM anda termasuklah perkongsian cerita pengalaman anda menghadapi Bell’s Palsy ni,” katanya.

Jelas Faye lagi, buat masa sekarang dia memberikan fokus dengan melakukan raw4tan urvtan intensif dengan menggunakan mesin khas yang dibeli bagi mer4ngsang otot dan saraf mukanya.

Pada masa sama, kata Faye, dia menasihati mana-mana individu yang berdepan masalah sama untuk tidak patah semangat.

“Kepada yang juga mengalami masalah sama seperti saya, saya harap korang jangan sedih ah ya. Kekal positif seperti saya.

“Ada yang sembuh cepat, ada yang sembuh lambat. Pokok pangkalnya, kita akan sembuh jika kita kekal positif dan rajin berusaha memperbaiki diri.

“Kekal tabah dan selalu positif. Saya akan cuba yang terbaik untuk kongsikan perkembangan semasa walaupun saya sebenarnya dah penat g1la sebab dah sarat,” katanya.

Terdahulu, Faye ditahan di wad sebuah hospital selepas terkena ser4ngan Bell’s Palsy menyebabkan pipi kanannya lvmpuh.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@fayekusairi)

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*