Selepas dikejarkan ke hospital baru-baru ini, wanita yang mengalami masalah obesiti, Wani Comel memaklumkan perkembangan kesihatan dirinya kepada umum.
Menurut Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim, pemeriksaan lanjut mendapati dirinya mengalami kom-plikasi jantung bengkak.
“Semua sedia maklum yang saya didiagnos menghadapi jang-kitan ku-man pada paru-paru baru-baru ini.
“Hari ini (semalam) setelah dilakukan pemeriksaan lanjut sekali lagi, terhadap saya oleh pihak Hospital Putrajaya, saya didapati menghadapi komplikasi jantung beng-kak dan diminta untuk melakukan rawatan susulan berkenaan kompliksi tersebut ke hospital pakar seterusnya,” katanya.
Berita itu dikongsikan Wani menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Bagaimanapun, jelas Wani dia kini sudah dibenarkan pulang ke rumah buat sementara waktu.
“Buat masa ini saya dibenarkan pulang sementara menunggu untuk rawa-tan susulan pakar berkaitan jantung ini.
“Tolong doakan saya. Ya Rahman, Ya Rahim, aku berserah kepadaMu. Terima kasih semua yang telah mendoakan saya dan bersama saya dengan kata-kata semangat.
Saya amat hargainya dunia akhirat. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian,” katanya.
Sebelum ini, Wani dikejarkan ke Hospital Putrajaya selepas mengalami masalah kesukaran bernafas.
Terdahulu, Wani bertandang ke ibu kota bagi mengadakan sidang media susulan konflik dirinya bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.
Kredit foto: Instagram Wani Comel & Kosmo!
Sumber : Gempak
Leave a Reply