[Video] “Tapi bab agama tlg jgn sentuh nak tgk aku naik hantu” – Michael Ang

Semakin panas, isu kontro-versi mengenai kriti-kan pengarah dan penerbit drama terkenal Michael Ang terhadap cara persembahan Noraniza Idris pada malam separuh akhir Gegar Vaganza musim ke-7 pada Ahad lalu kini telah menjadi perhatian netizen apabila pengarah tersebut bersetuju untuk berjumpa dengan penyanyi lagenda etnik kreatif itu.

Michael yang ditemui berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk bersemuka dengan Noraniza Idris namun menegaskan tetap akan memberi komen yang sama seperti apa yang ditulisnya di media sosial.

“Sejujurnya saya tiada masalah untuk berjumpa, kalau jumpa pun saya akan tetap beri komen yang sama. Kalau dia tanya adakah saya tidak menyukai beliau kerana komen baru-baru ini..saya akan jawab memang dia nyanyi tak sedap lagu hindustan tu.”

Menurut Michael, dia hanya menyatakan apa yang dirasakannya secara jujur dan tidak berniat untuk mencalarkan maruah sesiapa yang menjadi subjek krit-ikannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Tambahnya lagi, ini bukan merupakan kali pertama dia membuat ulasan mengenai cara persembahan artis yang terlibat dalam program berkenaan. Malah, beberapa program hiburan lain turut menjadi bahan kri-tikannya seperti Big Stage, Akademi Fantasia dan banyak lagi.

Michael Ang turut mengakui bahawa dia pernah memuji persembahan Noraniza Idris namun berasa pelik kerana kri-tikan jujur mengenai persembahan lagu hindi kali ini menjadi suatu isu yang besar berbanding sebelumnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Dalam pada itu Michael turut mengulas mengenai dak-waan sesetengah individu yang mengatakan bahawa dia memeluk Islam hanya semata-mata ingin mengejar populariti.

“Tak baik cakap begitu, saya dah pelvk Islam lama sebelum rakyat Malaysia tahu. Kalau saya nak kejar populariti waktu saya ucap syahadah dulu tu saya dah buat video dan buat sidang media. Biar satu dunia tahu saya masuk Islam.”

Meskipun begitu, Michael Ang berkata dia telah pun memaafkan mereka di luar sana yang berkata sedemikian kepada dirinya dan bertegas bahawa sesiapa yang menyertai program realiti seharusnya bersedia dari segi fizikal dan mental, terutamanya dalam berdepan dengan komen dan kri-tikan daripada penonton dan netizen.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: beautifulnara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*