“Selagi tak dapat selagi itulah dia akan try!!” Isteri Dedah ‘Perangai Sebenar’ Ali Puteh

 

Pasti ramai yang menyangkakan pelawak Ali Puteh seorang yang bersikap garang dan tegas, jika dilihat menerusi cara penulisannya membalas komen netizen di laman sosial.

Namun begitu menurut isterinya iaitu Melati Fitri mendedahkan suaminya itu seorang lelaki yang berprinsip dalam kehidupan dan tidak mudah berputus asa mengejar impian.

“Awak rasa dia macam mana? Ramai yang kata dia garang tapi tak la sangat sebenarnya. Dia mengurat saya masa sekolah-sekolah dahulu.

“Dia punya prinsip… selagi dia tak dapat selagi itulah dia akan try! Akhirnya Alhamdulillah sampai sekarang diberikan amanah dari-Nya yang tiada nilainya iaitu si tanje, arwh adik Ainul dan adik Syed buat masa ini,” tulisnya.

Melati berkata demikian bagi menjawab pertanyaan seorang pengikut di laman Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, individu itu ingin mengetahui perangai sebenar adik kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey dan cara Ali memikat hati isterinya masa awal perkenalan.

“Ali tu seorang yang kelakar atau serius di luar? Macam mana dia mengurat sis?,” tanya individu berkenaan.

Sebelum ini, Ali terpalit dengan pelbagai isu membabitkan dirinya dan dia juga dilihat lantang bersuara di media sosial.

Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan Melati mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan anak sulung, Sharifah Nur Aaira Qaireen berusia tiga tahun.

Pada 25 September lalu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata ketiga yang diberi nama Syed Umar Iskandar.

Tahun lalu, anak kedua mereka iaitu Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang berusia tiga bulan meninggl dunia akibat komplikasi jantung.

Abang Ali Puteh iaitu Allahyarham Abam pula disahkan meninggl dunia di rumahnya di Gombak pada Februari lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: yoy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*