“Kalau Cut, Kena Tunggu Kering Balik Ke?” – Zahiril Adzim Kngsi Babak Berlakon, Netizen Baru Tahu Cara Hujan Dalam Drama Dihasilkan

Aktor Zahiril Adzim mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi sepotong babak lakonannya di dalam hujan palsu yang dihasilkan oleh anggota bomba.

Menerusi laman sosial Instagram, Zahiril memuat naik video tersebut serta beberapa keping foto bersama rakan lelakon iaitu Fauziah Nawi dan Khatijah Tan untuk tatapan umum.

“Sepanjang berlakon ini kali berapa entah bomba mandikan aku macam ni. Tapi selalu lupa bawak sabun,” tulis Zahiril sebagai kapsyen.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, Fauziah dan Khatijah melakonkan babak berjalan di dalam keadaan hujan lebat dan kemudian diselamatkan oleh Zahiril.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahiril Adzim (@zahiriladzim)

Berlakon di sekitar kawasan Kuala Kangsar, Perak, jelas kelihatan anggota bomba yang memancutkan air bagi memberikan babak hujan tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang teruja melihat bagaimana babak hujan dalam sesebuah drama dihasilkan.

“Pengorbanan menghiburkan orang lain,” tulis pelakon Adam Shah.

“Kesiannya tengok pelakon veteran yang kena lalui babak macam ni,” kata seorang wargamaya.

“Selalu ingat scene hujan dalam drama tu betul,” ujar seorang wargamaya.

“Ya Allah susahnya berlakon. Nak dapat karya dan angle yang cantik macam ni ke? Bila tengok malam festivel karpet merah macam best je jadi artis,” komen seorang wargamaya.

“Kalau shoot ni cut scene, kena tunggu kering balik ke bob?” tanya seorang wargamaya.

“Laa baru tahu bomba ada servis macam ni rupanya,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 29,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*