Ini Keadaan terkini isteri Syafiq selepas jalani pembed4han

Butterworth: Isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, selamat menjalani pembed4han di bahagian perut semalam dan dilaporkan stabil.

Perkhabaran positif itu dimaklumkan bapa Muhammad Syafiq, Ahmad Ibrahim, 56, ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ahmad berkata, sepatutnya Muhammad Syafiq mahu memindahkan isterinya, Nur Amalina Norain, 25 dan anak sulung mereka, Aaira Nur Saffiyya, 2, ke sebuah hospital swasta untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, doktor yang melakukan pemeriksaan mendapati di dalam perut menantu saya ada sedikit masalah dan memerlukan pembedahan segera.

“Syukur semuanya berjalan lancar dan kini menunggu keputusan daripada pakar yang lain berhubung kesihatan menantu,” katanya.

Nur Amalina dan anak perempuannya cedera selepas kenderaan pelbagai guna dinaiki mereka sekeluarga terbabit kemalangan di Kilometer 163.6 berhampiran Plaza Tol Jawi di sini, semalam.

Susulan itu, Nur Amalina dipindahkan dari Hospital Sungai Bakap (HSB) ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan pemeriksaan mendapati dia mengalami kec3deraan pat4h tulang rusuk, pend4rahab dalam perut dan otak serta p4tah tulang peha kiri.

Anak perempuannya juga dipercayai mengalami pend4rahan dalam otak yang mana kedua-dua ibu dan anak itu kini dirawat di HSJ.

Mengulas lanjut mengenai keadaan Muhammad Syafiq yang juga penyerang Johor Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, Ahmad berkata, anaknya sudah jauh lebih baik berbanding semalam dan mampu berbual seperti biasa.

“Syafiq yang semalam dilihat murung dan keletihan, kini dia lebih semangat apabila dari pagi sudah menghantar mesej kepada saya bahawa dia sudah bergerak dari Pendang, Kedah untuk melawat isteri dan anaknya.

“Syafiq turut mengajak saya, tapi pada masa ini hanya Syafiq sahaja dibenarkan masuk dan daripada apa yang dimaklumkan keadaan menantu serta cucu dalam keadaan baik.

“Saya berharap masyarakat dapat terus mendoakan keadaan anak saya dan keluarganya kembali pulih serta kuat menjalani kehidupan seterusnya,” katanya.

Kema4langan jam 4 pagi itu turut menyebabkan anak Muhammad Syafiq, Muhammad Aisy Saqeef, 22 hari; ibu mentuanya Zainab Wahab, 45; dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 42, men1nggl dnia.

Sumber: Metro via trendinggiler

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*