“Abg tgh hari ni nk makan sardin tak.” Pantas suami jawab “boleh juga”. Rupanya jawapan itu memakan diri suami.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang sudi membaca. Admin nk kongsikan sedikit kisah ini yang admin dah baca. Cerita ini di bawah.

Pagi tadi isteri keluar pertanyaan macam ni,

“Abg hari ni nak makan sardin tak?”, tanya isteri.

“Boleh juga”, saya jawab,

“Jom pergi kedai nak beli sardin”, isteri dgn nada seronoknye.

saya plak yg krik..krikk.. pandai taktik dia ye.. hummphh..

Lidah terkelu, rasa macam dapat arahan. Terus capai kunci kereta dan bawa isteri ke kedai runcit berdekatan.

Pandai isteri umpan saya untuk keluar teman dia beli barang dapur. Sampai di kedai runcit satu persatu di isi dalam troli.

Saya diam je melihat tapi isteri pula keluar kata-kata macam ni.

“Dah alang-alang kat kedai ni kita beli sekali barang dapur yang lain ye bang”, celah si isteri.

“Boleh syg, belilah ”, saya jawab.

Masa ni dalam hati dah rasa macam kena games. Pandai dia umpan saya untuk keluar teman dia beli barang dapur..

Pertama, Dia umpan saya untuk keluar dengan umpan perut saya dulu. “Abg nak makan sardin tak?”, Lelaki bab makan memang cepat buat keputusan tak sampai 10 saat dah cakap ya.

Kedua, Dia tak cakap nak beli beras, sardin, teh, kentang dan barang dapur lain tapi dia cakap nak beli sardin je sebab dia tahu saya ( lelaki ) tak boleh nak proses kalau banyak input sekali. Jadi dia sebut sardin sahaja. Ringkas dan terus menangkap kat kepala.

Ketiga, Dia bagi alasan yang bernas dan tak boleh di tolak. “Alang-alang dah kat kedai”, kalau tak beli sekarang bermakna saya akan kena pergi kedai lagi lepas ni.

Yang keempat dan yang terakhir dia guna perkataan tolong,

“Abg tolong angkat”,

“abg tolong bayarkan”

Tak apalah. Yang penting semua gembira. Suami perut kenyang, isteri gembira dapur dah penuh.

Lagipun apa sahaja yang pasangan suami isteri buat mudah mudah je boleh dapat pahala. Termasuklah teman isteri beli barang dapur.

p/s : Nak cuba cara ni kat suami korang? Boleh cuba tapi tiada jaminan ia berk3san kat semua orang sebab lain orang lain ragamnya.

Banyakan bersedekah pada isteri, inshaAllah rezeki suami semakin lapang. Berborak dengan seorang kenalan, bercerita tentang masalah ekonomi.

Katanya, gaji beliau tidak mencukupi. Nak buat kerja part time, tiada k3sempatan. Duit beliau katanya, hanya cukup-cukup untuk dirinya sahaja.

Mujur isterinya bekerja dan isteri beliau yang banyak membantu. Dia punya semput, sampaikan duit nafkah isteri pun tak bagi. Nafkah isteri tak terjaga dan hak isteri juga dinafikan.

Menabung itu penting, tetapi harus mengenalpasti apa yang lebih penting. Hak isteri harus dijaga. Belanja yang paling bagus adalah kepada isteri.

Setiap sen yang kita belanjakan kepada isteri adalah sedekah. Semakin banyak kita bersedekah, semakin murah rezeki.

“Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perhang di jalan Allah SWT dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk isterimu, maka yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau berikan kepada isterimu.” (HR. Bukhari-Muslim)

Kalau nafkah isteri zahir dan batin terjaga, urusan rumah tangga pasti aman. Cuba dulu berikan wang belanja untuk isteri, untuk kegunaan peribadi beliau, bukan hanya untuk wang dapur.

InshaAllah kita akan nampak rezeki kita sebagai suami makin lapang.

Dari keluar ke kedai kopi belanja kawan-kawan, baik kita belanja isteri kita dulu.

Bila sudah selesai urusan isteri, barulah boleh nak belanja kawan-kawan. Kalau tak ada kawan nak belanja, ajaklah saya. Saya rela dibelanja.

Dah baca kan? Anda seorang isteri? dah boleh dah tag dan share pada suami. Benda baik kita kongsikan agar semua dilimpahkan rezeki. InsyaAllah Amin…

Sumber : http://ekisah.com/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*