2 Tahun Solo Akhirnya Zehra Zambri Ingin Tamatkan zaman Janda?

Peningkatan usia dan desakan ibu bapa membuatkan penyanyi dan pembaca berita, Zehra Zambri, 33, mula terfikir untuk kembali berumah tangga selepas bercerai dua tahun lalu.

Zehra berkata, dua tahun menjalani kehidupan berseorangan atau bergelar janda adalah sesuatu yang indah dalam hidupnya.

“Kesibukan bekerja dan berjumpa dengan ramai orang menjadikan jadual saya padat sekali gus dapat melupakan peristiwa sedih itu. Cuma sekarang barulah saya terasa sunyi. Mak ayah pun dah tanya sampai bila saya nak berterusan begini,” katanya.

Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, tetapi hanya bertahan selama enam bulan sahaja sebelum bercerai pada April 2018.

Foto: Google

Menurut Zehra, pertanyaan ibubapanya membuatkan dia terfikir perkara itu memandangkan usianya makin meningkat.

“Sebagai wanita, saya nak cuba berumah tangga lagi biarpun pernah gagal sebelum ini. Dulu kalau ditanya, saya mengaku serik tapi sekarang tak lagi. Namun, saya tidaklah terlalu terdesak untuk mencari suami.

“Ikutkan ramai yang mendekati, namun saya masih rasa trau-ma dengan pengalaman lalu. Sebabnya dulu saya salah pilih,” katanya.

Zehra berkata, gelaran janda yang ada padanya membuatkan dia perlu berhati-hati memilih suami.

“Saya nak pilih lelaki matang kerana bekas suami dulu dua tahun lebih muda. Kami juga tergesa-gesa kahwin tanpa cukup mengenali diri masing-masing. Kali ini saya nak lebih kenali keluarga bakal suami kerana saya bukan kahwin dengan dia sahaja. Cuma cabaran yang dilalui sekarang apabila yang mendekati semuanya terlebih matang dan suami orang,” katanya.

Biarpun mengingati pesanan ibubapanya supaya membuat pilihan terbaik, Zehra sukar untuk membuat pilihan yang tepat.

“Saya sebenarnya tak nak cakap besar. Kita tak tahu apa yang Allah aturkan. Kalau boleh saya nak elakkan suami orang. Tapi kalau Allah dah takdirkan, macamana saya nak tolak. Sekarang saya tidaklah beria-ia sangat nak kenal mana-mana lelaki. Setiap orang yang nak kenal pula, saya sambut dengan tangan terbuka. Mereka sukakan muka saya yang nampak matang dan keibuan,” katanya.

Dia juga menolak kenyataan menggunakan kedudukan sebagai pembaca berita untuk mencari lelaki kaya atau VVIP.

“Itu bukan matlamat saya kerana ini adalah minat dan punca rezeki saya. Pada masa sama, saya rimas apabila ‘lelaki miang’ cuba nak mendekati.  Sekiranya terima mesej nakal menerusi ‘Direct Message’ Instagram, saya akan terus sekat mereka. Dah jadi macam ini lagilah saya dikawal ketat oleh keluarga. Lepas bercerai pun saya balik tinggal dengan keluarga,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zehra yang popular dengan lagu Semalakama tampil dengan lagu Satukan Jiwa untuk kempen C0vid-19 Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

“Saya rindu sangat nak menyanyi. Apabila tengok program Gegar Vaganza, perasaan jadi meluap-luap. Sekiranya ada rezeki untuk sertai GV, saya takkan tolak. Saya tiada masalah kerana saya hanya bekerja secara separuh masa dengan RTM dan bukan kakitangan tetap,” katanya. -CARI

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: cari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*