Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tingkah laku si anak yang baik pastinya akan menyejukkan hati ibu bapa dan orang sekeliling. Pendek kata, sejuk perut ibu mengandung melihat kelakuan anak soleh solehah.
Mungkin itulah yang dirasakan Puan Nurul Khalib ketika anak lelakinya yang berusia lapan tahun bermurah hati berkongsi wang dengan wanita itu.
Menurut perkongsian beliau dalam komuniti Anak Sepahkan Apa Hari Ini di Facebook, anaknya bernama Harith Rifqi telah bertindak memasukkan lima keping wang RM1 ke dalam dompet ibunya.
Semuanya gara-gara melihat hanya ada sekeping wang di dalam dompet wanita itu. Mari baca perkongsian beliau di bawah.
“Ibu, Ici nak tengok dompet ibu kejap boleh?”
Di sebalik tindakan tulus Harith Rifqi ini mungkin kerana dirinya belum benar-benar memahami nilai sebenar wang, pun begitu, jelas terpapar keprihatinan anak ini terhadap ibunya.
Tindakannya telah menyentuh hati warga maya yang kagum serta mendoakan kesihatan beliau.
Semoga cepat sembuh
Muka macam budak-budak baik
Moga membesar jadi orang yang berjaya dan soleh
Semoga anak ini terus menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada orang tua serta masyarakat apabila dewasa kelak.
Sumber: Nurul Khalib via SK
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress
Leave a Reply