Zizan Tunjuk Video Alif Satar, Ramai Sebak

Tarikh 2 Disember 2020, bermakna genap 11 hari pelakon, penyanyi dan pengacara terkenal Alif Satar disahkan positif vi1rus Covi1d-19.

Malah, ibu bapa, datuk dan kakaknya juga dilaporkan posit1if pada minggu lalu. Akan tetapi perkara itu tetap tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berju4ng melawan v1irus berkenaan.

Terbaharu, pelawak terkenal Zizan Razak dilihat membuat video call kepada Alif untuk bertanyakan khabar kepadanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)

Hantaran video yang di muat naik oleh Zizan di laman sosial Instagramnya itu ditulis dengan kapsyen,

“AGAK SAYU PERASAAN,

Sama sama kita doakan semoga @alifsatar cepat sembuh dan negative result nya untuk next swab secepat mungkin. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Amin InshAllah amin” tulis Zizan

Zizan Razak Tak Kisah Dibandingkan Dengan Alif Satar

Melihat di dalam video berkenaan, Zizan meluah rasa sayunya terhadap Alif selepas melihat beliau terlantar di katil hospital.

“Aku tahu kau sihat, aku tahu kau punya tahap imunisasi badan tinggi sebab kau selalu bersukan”

“Kau jangan ikut perasaan yang boleh buat kau susah hati. Kadang-kadang perasaan tu buat kau lagi sakit. Aku nak kau okay je.” 

Dalam pada itu, Alif turut menyuarakan kebimbangan beliau terhadap ibu bapanya yang kini ditahan di w4d Hospital Sungai Buloh, manakala pengacara itu di Hospital Melaka.

Alif juga menceritakan sedikit kisah apa yang berlaku dan bagaimana dirinya mendapat vi1rus itu kepada Zizan.

Sebagai seorang sahabat, pasti Zizan terkesan melihat rakannya itu ditimpa kesusahan seperti itu, apa yang boleh dilakukannya adalah dengan memberikan kata-kata semangat kepada Alif.

“Aku nak kau rileks, aku susah nak cakap supaya kau okay, tapi kau kena bantu diri kau. Itu je”

Meninjau di ruangan komen, rata-ratanya mendoakan kesihatan Alif kembali pulih dan bebas dari v1irus Covid1-19.

Tak kurang juga yang mengatakan beliau seorang yang baik kerana ramai yang sangat prihatin dan sayang dengannya.

Min turut sama-sama mendoakan Alif dan keluarga sembuh dari Cov1id-19.

Sumber : HOT.FM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*