“Sarah tak minta banyak, cuma..” – Luahan Puteri Sarah Sambut Birthday Tanpa Kelibat Suami

Kisah rumah tangga pasangan selebriti terkenal, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah kembali menjadi bualan ramai apabila pengarah itu mendedahkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak dua bulan lalu.

Baru-baru ini ada memuat naik video menerima kejutan sempena ulang tahun kelahirannya yang disambut di sebuah hotel, Puteri Sarah dilihat hanya bersama dua anaknya meniup dan bergambar bersama kek tersebut.

Menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-35, Puteri Sarah memohon doa agar segala urusannya dipermudahkan dan berharap tahun 2021 akan lebih baik daripada tahun lalu.

“Selamat ulang tahun buat diri ini, yang selalu berjuang tak kenal lelah, ku berharap semoga Allah selalu permudahkan segala urusanku amin.

“Sarah tak minta banyak , cuma nak minta semua tolong doakan tahun 2021 Sarah lebih baik dari 2020 ni,” katanya.

Meskipun tidak kelihatan kelibat suaminya ketika meraikan hari jadinya itu, namun Puteri Sarah tetap mendoakan agar rumah tangganya berkekalan dan dijauhkan daripada perkara yang tidak elok.

“Doakan kesejahteraan keluarga sarah, keluarga bahagia dunia akhirat sarah dan rumahtangga sarah berkekalan hingga ke jannah.

“Semoga 2021 sarah & family bertambah baik dan dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak elok. Mohon dijauhkan dari gangguan jin dan ‘syaitan’” tulisnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*