IBU kepada pelakon A Galak yang juga seniwati filem Melayu klasik, Rokiah Jaafar meningg4l dunia ketika usia 92 tahun pada Isnin.
Berita sedih itu dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FInas), Ahmad Idham di Facebook.
“Finas dengan rasa sedih dan dukacita merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga pelakon A Galak.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman,” katanya.
Finas mengucapkan takziah kepada keluarga pelakon A Galak atas pemergian ibunya.
Allahyarham Rokiah merupakan antara hero in terawal zaman kegemilangan filem Melayu pada tahun 40an.
Dia terkenal menerusi beberapa filem seperti Antara Senyum dan Tangis dan Putus Harapan di samping Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Rokiah pernah menetap di Sweden setelah meningg4lkan dunia lakonan di Singapura.
Seniwati lain yang seangkatan dengan Rokiah ialah Siput Sarawak, Kasma Booty, Salmah Ibrahim dan Junainah Haris.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress
Sumber: mstar
Leave a Reply