Mengejutkan ramai penampilan terkini Nia Atasha cetus tanda tanya setelah pvtus cinta. Ini responnya buat orang ramai terkelu

Model, pelakon dan bekas pengacara HLive, Nia Atasha Rosli memotong rambut panjangnya dan tampil dengan gaya potong rambut terbaru. Menurut Nia, dia sememangnya berambut pendek sejak dari zaman sekolah dan kini terbit rasa rindu untuk mengulang gaya rambut terbabit.

“Memang tipikal kalau potong rambut ni orang cakap sebab nak move on. Saya potong rambut pendek ni memang niat dah lama dan sebab tuntutan drama. Tidak ada kena mengena dengan putus cinta ke apa.

“Saya mencari peluang untuk potong rambut pendek dan inilah masa yang sesuai. Pada masa yang sama ini juga merupakan tuntutan sebuah drama yang memerlukan saya memegang watak berperangai seperti lelaki,”

jelasnya ketika dihubungi Gempak.  Memilih mengayakan potongan klasik mullet, Nia akui dia gemar untuk bereksperimen dengan gaya rambut.  “Saya rasa gaya mullet ni sesuatu yang ranggi, cool dan tak semua orang berani cuba.

“Itulah sebab saya nak gayakan look ni, ia sangat unik dan saya seorang yang suka mencuba sesuatu yang baru,” jelasnya lagi.

Terdahulu, hubungan cinta Nia bersama pelakon Qi Razali telah berakhir pada sekitar awal tahun ini. Walaubagaimana pun bekas kekasih ini masih berkawan baik sehingga kini.Putus dengan Qi Nia Atasha belum sedia bercinta sekali lagi.

Model, pelakon dan bekas pengacara HLive, Nia Atasha merasakan sekarang adalah masa yang sesuai untuk dia menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerjaya.

Menurut Nia, dia juga mahu berehat seketika dari memikirkan soal cinta selepas putus dengan pelakon Qi Razali pada sekitar awal tahun ini. “Sekarang merupakan masa yang sesuai untuk saya menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya dan melupakan seketika hasrat untuk bercinta dengan mana-mana lelaki.

“Saya dan Qi putus awal tahun ini, dia merupakan lelaki yang paling lama menjalinkan hubungan dengan saya, sudah tentu saya perlukan masa,” katanya kepada Gempak. Dalam pada itu, figura 23 tahun ini juga sempat menceritakan serba sedikit tentang perniagaan jenama pakaian tidur miliknya, Sleepyjama.

“Selain menceburi bidang hiburan, saya juga sudah memulakan perniagaan jenama pakaian tidur yang diberi nama Sleepyjama.

“Saya gembira kerana urusan perniagaan ini kembali berjalan lancar selepas tergendala seketika ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita baru-baru ini.

“Saya menjual koleksi baju tidur kerana saya sendiri sukakannya, tambahan lagi, koleksi baju tidur jenama saya kelihatan bergaya dan bukan untuk dibawa tidur semata-mata,” katanya lagi. Pada April tahun lalu, Qi pernah menyatakan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga bersama Nia.

Namun ketika itu, dia mahu Nia mengejar impian dan menumpukan perhatian dalam bidang pengacaraan terlebih dahulu.Menerusi laporan Gempak semalam, Nia telah mengesahkan hubungan cintanya bersama Qi telah berakhir, namun kedua-duanya memilih untuk meneruskan persahabatan sebagai rakan baik.

Apa Punca Qi Razali Masih Belum Bersedia Melamar Nia Atasha?

Mempunyai perancangan untuk membawa hubungannya bersama pengacara, Nia Atasha Rosli ke fasa seterusnya, pelakon dan pengacara, Qi Razali bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi kepada umum kerana dia dan kekasih ingin mengejar impian masing-masing sebelum mendirikan rumah tangga.

“Sebagai lelaki, semestinya saya mempunyai keinginan dan perancangan untuk berkahwin, cuma bukanlah dalam tempoh terdekat. Nia sendiri masih muda dan banyak lagi impian ingin dicapainya. Saya juga tidak mempunyai masalah biarpun dia (Nia) mula berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan, asalkan pandai membawa diri.

“Setakat ini, saya lihat Nia masih sama seperti dahulu dan tidak banyak yang berubah. Industri ini mempunyai banyak potensi, cuma kita perlu bijak membezakan mana yang baik dan buruk. Apa yang penting adalah niat sebelum menceburkan diri dalam bidang seni,” kata Qi.

Min mendoakan agar kebahagiaan Qi dan Atasha hingga ke jinjang pelamin, in shaa Allah, aamiin! Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang.

Qi ada perancangan nak kahwin

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Qi Razali, mempunyai perancangan untuk membawa hubungannya bersama pengacara, Nia Atasha Rosli, 22, ke fasa seterusnya. Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali, 41, bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi kepada umum kerana dia dan kekasih ingin mengejar impian masing-masing sebelum mendirikan rumah tangga.

“Sebagai lelaki, semestinya saya mempunyai keinginan dan perancangan untuk berkahwin, cuma bukanlah dalam tempoh terdekat. Nia sendiri masih muda dan banyak lagi impian ingin dicapainya.

“Saya juga tidak mempunyai masalah biarpun dia (Nia) mula berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan, asalkan pandai membawa diri. Setakat ini, saya lihat Nia masih sama seperti dahulu dan tidak banyak yang berubah.

“Industri ini mempunyai banyak potensi, cuma kita perlu bijak membezakan mana yang baik dan buruk. Apa yang penting adalah niat sebelum menceburkan diri dalam bidang seni,”

katanya kepada BH Online. Qi berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu Aina Abdul, Sumpah, baru-baru ini. Anggota OAG itu turut ditampilkan dalam video muzik terbabit.

Mengulas mengenai pembabitannya dalam video berkenaan, Qi mengakui kurang mengenali naib juara Mentor Legend itu, namun kagum dengan bakat miliknya.

“Saya kurang mengenali Aina, tetapi tahu lagu Shadow. Tak sangka, Aina yang mengundang saya untuk tampil dalam video muzik Sumpah adalah penyanyi lagu itu.

“Bakatnya besar, jadi saya berharap Aina dapat melangkah jauh dalam bidang seni. Seperkara lagi, plot video muzik ini berbeza kerana ia mengangkat tema masalah mental,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : murai.my/bh/Empirekini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*