“Terima kasih semua” – Nasihat Netizen Berjaya Satukan To’ki Dan Anak-anaknya

“Alhamdulillah, berkat nasihat yang baik dan doa orang ramai, saya bertemu dengan ayah selepas empat tahun tidak berjumpa. Hubungan kami sekarang baik-baik sahaja, malah jujurnya, saya gembira hingga menitiskan air mata.

“Sememangnya setiap apa yang terjadi, ada hikmahnya. Disebabkan kisah tular, saya dapat berjumpa ayah,” demikian kata anak kepada penyanyi dan komposer terkenal era 90-an, To’ki iaitu Noor Hidayah yang terpanggil bertemu bapanya selepas membaca nasihat netizen.

Kredit foto: Berita Harian & Suara Merdeka

Memetik laporan Berita Harian, Noor Hidayah, 27, atau mesra dengan sapaan Yaya berkata, mereka bertemu pada Jumaat lalu selepas kali terakhir bertemu ayahnya kira-kira empat tahun lalu.

“Jujurnya, saya gembira. Bukan kami sahaja, malah ayah juga kelihatan gembira dapat bersatu semula dengan anak, cucu dan menantu,” kata ibu kepada dua anak lelaki itu.

“Terima kasih kepada semua pihak yang membantu ayah. Melihat ayah bahagia bersama isterinya sekarang, kami juga gembira. Isterinya baik, melayan kami seperti keluarga sendiri ketika kami ke rumahnya,” katanya lagi.

Terdahulu, Yaya mend4kwa kali terakhir bertemu bapanya kira-kira empat tahun lalu ketika melangsungkan perkahwinan.

Yaya mengeluarkan dakw4an selepas kisah kehidupan To’ki, 53, dan isterinya, Sharifah Fairuz, 48, yang tinggal dalam pondok di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, tular, beberapa minggu lalu.

Untuk rekod, To’ki memiliki lima cahaya mata hasil perkahwinan pertama. Anak sulungnya, Mohd Hafizi, 28, diikuti Noor Hidayah, 27, Noor Husna, 22, Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis, 18.

Menerusi perkahwinan kedua bersama Nik Aida Mustapha dikurniakan Nur Nilam Qaseh.

Bak kata Yaya sendiri, “Walaupun macam mana pusingnya dunia, dia tetap ayah saya. Tiada apa yang dapat mengubah hakikat itu.”

Baguslah. Buang yang keruh ambil yang jernih. Semoga hubungan Yaya dan adik beradiknya yang lain dengan To’ki kembali pulih.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: cari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*