“Mesti mcm hantu kak limah…”-Komen foto Syifa Melvin, teruk dibid4s balik.

Pelakon Syifa Melvin merupakan salah seorang selebriti yang semakin mendapat perhatian ramai, adik kepada pelakon terkenal, Syatilla Melvin ini juga merupakan usahawan dan mereka iaitu empat beradik kini menceburi bidang perniagaan.

Semakin berjaya dalam bidang diceburi, Syifa Melvin yang sudah lama aktif menerusi laman sosial Instagram turut membuatkan peminat dan pengikut bangga melihat pencapaiannya.

 

Selain Syifa dan Syatilla, adik-beradiknya ini yang turut dikenali dalam dunia hiburan tanah air iaitu Syida Melvin dan kakak sulung mereka, Syafiqa Melvin bersama-sama berkerjasama mengeluarkan produk kecantikan yang diberi nama, Kekasih By The Melvins.

 

 

View this post on Instagram

 

Malaysia akan jadi negara pertama jumpa rangka Dinasour baru 🦖 @kekasih_hq #Archeologist #KekasihPercuma Styled by @yayaibrahem

A post shared by SM (@syifamelvin) on

Walau bagaimanapun, Syifa Melvin juga tidak terkecuali daripada menerima komen kritikan dari sesetengah pihak kepada dirinya. Terbaru, gara-gara berkongsikan sekeping foto ini kepada umum, Syifa Melvin sekali lagi dikritik melibatkan makeup.

Syifa menerusi ruangan kapsyen dilihat berkongsikan jenis solekan wajahnya dan berkongsi beberapa produk yang digunakan ini membuatkan perkongsiannya meraih perhatian ramai.

“Love the look? Finishing makeup look yang soft mate sebab pakai…”

Biarpun begitu, komen kritikan seorang pengguna Instagram ini dibidas balik oleh netizen dan menganggap komennya di perkongsian foto Syifa Melvin itu sebagai tidak baik.

“Cuba xpakai makeup… mesti macam hantu kak limah kan…”

“Atleast dia wanita yang ada kerjaya, ada kereta sendiri…”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*