“Tak fikir periuk nasi orang lain” – Gara-gara ‘Makcik Gelang Pink’, 100 Peniaga di Bandar Meru Raya Terjejas Pendapatan

Mungkin kita bolehlah menarik nafas lega atas tindakan pantas kerajaan yang menetapkan undang-undang supaya mereka yang pulang dari luar negara untuk diletakkan di Stesen Kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan.

Namun apa yang dilakukan oleh segelintir individu yang tak bertanggungjawab seperti ‘makcik gelang pink’ tempoh hari memang telah meninggalkan kesan yang mendalam bukan saja pada orang awam tetapi kepada peniaga di tempat yang dikunjunginya.

Jumlah pelanggan berkurangan, impak dari ‘makcik gelang pink’ 

Menurut Sinar Harian, pendapatan lebih 100 peniaga di sekitar Bandar Meru Raya, Ipoh baru-baru ini terjejas akibat kurangnya jumlah pelanggan ke premis mereka.

Hal ini kerana, kebanyakan pelanggan katanya masih ‘trauma’ dan bimbang dengan berita kehadiran ‘makcik gelang pink’ tersebut. Alahai… 

Timbalan Pengerusi Kelab Usahawan Bandar Meru Raya, Nizam Baharudin berkata, kedai yang ditularkan paling terkesan apabila semalam tidak lagi dikunjungi oleh orang ramai seperti sebelum ini.

“Kami peniaga di sini memang terjejas dengan berita yang tular itu. Ramai pihak khususnya netizen yang salahkan pemilik sedangkan mereka dah ikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Untuk kami periksa teliti sehingga nak selak lengan baju dan sebagainya memang tak ada dalam SOP. Malah lepas gambar itu tular baru orang tahu gelang merah jambu itu pesakit yang sedang dikuarantin,” katanya.

Tak bercadang nak ambil tindakan kepada ‘makcik gelang pink’ tapi… 

Tambah Nizam lagi, pemilik premis tak sepatutnya dipersalahkan atas sikap tak bertanggungjawab sesetengah individu.

Malah kelabnya juga pada ketika ini belum bercadang nak mengambil tindakan undang-undang ke atas wanita tersebut dan sebaliknya menyerahkan hal ini kepada pihak polis dan Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya.

Pihak kelab dan pemilik kedai di Bandar Meru Raya juga pada masa yang sama telah bekerjasama dengan Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya untuk menjalankan sanitasi di kedai yang terlibat.

“Tak fikir periuk nasi orang lain. Kesian peniaga di situ” 

Dalam pada itu, ramai di kalangan netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa para peniaga di Ipoh dek kerana sikap pentingkan diri sesetengah individu.

Dah orang kata kena kuarantin, janganlah degil. Ikutlah peraturan yang ditetapkan. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: Lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*