“Budak pandai bisnes ni…”- ‘Drama’ anak Elfira Loy tarik perhatian ramai

Pelakon, Elfira Loy yang kini semakin bahagia menjadi seorang ibu kepada anak sulungnya yang diberi nama, Muhamad Rayyan Khalaf sering menjadi perhatian ramai terutama menerusi laman Instagram peribadinya.

Seperti selebriti lain, Elfira Loy sudah lama beralih kelaman tersebut dimana bukan sahaja dapat berkongsikan perkembangan kerjaya malah membuatkan peminat juga dapat berbalas komen dengan selebriti diminati mereka itu.

 

Elfira Loy juga terbuka untuk berkongsi moment bahagia bersama suami, Muhamad Khairol Faris Anuar dan anak lelakinya kepada peminat.

Melalui perkongsian dilaman sosial miliknya terbaru, Elfira dilihat berkongsi ‘drama’ anaknya ketika disuntik oleh seorang doktor dan ternyata, si cilik comel ini sudah berusia 9 bulan.

Walau bagaimanapun, apa yang membuatkan video anaknya kali ini menjadi perhatian ramai apabila dapat diperhatikan meskipun anaknya itu menangis selepas disuntik namun ia tidak lama. Manakala selepas dipujuk dengan mainan oleh ayahnya tidak membuatkan ia berhenti menangis tetapi diakhirnya membuatkan netizen tertarik.

 

View this post on Instagram

 

Drama boy with Ayah . #9Monthsjab

A post shared by @ elfiraloy on

Ini kerana, si cilik comel itu terus berhenti menangis selepas diberikan kalkulator dimana netizen membuat andaian bahawa anak Elfira seorang yang pandai dalam bidang perniagaan.

Dalam pada itu, diruangan komen juga dihujani reaksi-reaksi daripada rakan selebriti yang ‘cair’ melihat kecomelan anak Elfira.

“Alaa sayanggg”

“Aiyakk nasib doc ade…”

“Calculator lagi menarik…”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*