“Tunggu aku bawa kau makan kat b4lai!” – Ditudvh makan pelahap punca kegugvran, ini respon ‘win’ Dato Fizz Fairuz

SERING membuat ulasan makanan di laman sosial, pelakon Datin Almy Nadia beng4ng apabila menerima kata-kata kesat daripada seorang individu di laman sosialnya.

Menerusi perkongsian Almy, 34, individu itu turut mengaitkan kegugvran yang dialami baru-baru ini dengan cara dia membuat ulasan itu.

“Ada ke orang tengok kau melahap makanan-makanan sampai sembilan minit kat IGTV tu? Review makanan memang kena tunjuk kau makan sampai habis berpuluh-puluh balang ke tu?

Almy muat naik paparan skrin mesej individu tersebut.

“Patut gugvr banyak kali! Semua membantai saja. Haha… Dasar pel4hap!” kata individu tersebut.

Dalam pada itu, Almy berkata, perkara itu membuatkan dia berasa tertek4n sehingga menganggu fokusnya terhadap kerja.

“Minggu paling stress dengan komen orang, Allahuakbar… Lama dah tak ada perasaan ini tapi perasaan ini mula datang dengan orang petik fasal anak!

Benda paling sakit hati berkait pula dengan benda lain!

ALMY NADIA

PELAKON

“Benda paling sakit! berkait pula dengan benda lain… Panjang cerita dia. Allahuakbar. Hari ini punya review belum mula sebab ambil mood yang tengah down ini.

“Kejap lagi mat bengkak nak buat review kena m4ki pula. Ya Allah,” tulis Almy di Instastory miliknya.

Menurut laporan mStar pada 29 Mei lalu, segelintir netizen mencadangkan agar Almy berhenti melakukan ulasan produk makanan di laman sosialnya selepas dua kali mengalami kegvguran.

Bagaimanapun, Almy, 34, menafikan perkara itu menjadi punca dia kegvguran dan dia akan tetap meneruskan aktiviti itu selepas kembali sihat.

Almy, Fizz dan anak-anaknya.

Dalam pada itu, suaminya pelakon Datuk Fizz Fairuz berkata, dia mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

“Pehhh… tunggu aku bawa kau pergi makan kat balai okay! See you!” tulis Fizz di Instastory miliknya pada Rabu.

Pada Mei lalu, Almy telah menjalani pembed4han mencuci r4him selepas mengalami keg4guran kandungan yang ketika itu baru berusia enam minggu.

Sebelum itu, Almy pernah mengalami kegvguran pada usia kandungannya 14 minggu pada Februari lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*