Bermula 01 Julai, menyaksikan kanak-kanak pra sekolah dan tadika sudah dibenarkan ke sekolah selepas beberapa bulan. Ini disebabkan penularan C0vid-19 nampaknya semakin berkurangan. Namun v4ksin untuk virvs ini masih belum ada sehingga kini menyebabkan masyarakat perlu menjalani kehidupan dengan penjagaan diri yang maksima dan patuh pada arahan yang ditetapkan.
Ini termasuklah kanak-kanak pra sekolah dan tadika yang mula ke sekolah sejak semalam. Antara normal baharu yang perlu diikuti ialah mengambil suhu sebelum masuk ke kawasan sekolah, tangan dibasuh menggunakan sabun dan air atau boleh gunakan hand sanitizer. Selain dari itu mereka juga harus mematuhi penjarakan sosial 1 meter dari rakan-rakan.
Jika sebelum ini kanak-kanak ini boleh bermain dengan kawan-kawan seperti kejar-mengejar, kali ini peraturan penjarakan sosial memerlukan guru-guru mengawal mereka sebaiknya. Tapi rasanya tiada masalah buat kanak-kanak ini kerana mereka cukup bijak mengenai pandemik yang melanda kini hasil didikan ibu dan bapa di rumah.
Sama seperti seorang kanak-kanak dalam video yang tular baru-baru ini. Gelagat budak ini pada di hari pertama sekolah dengan peraturan baru ini membuatkan ramai terhibur. Mungkin dengan arahan tidak dibenarkan keluar dari kotak merah di lantai, budak ini cuba sehabis baik!
VIDEO:
Video budak ini pada hari pertama sekolah membuatkan rata-rata netizen terhibur dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
Patuh arahan betul adik ni..
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: Kasi Viral
Leave a Reply