Mohd Razizan Abdul Razak ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan ahli perniagaan Malaysia.Beliau ialah naib juara Raja Lawak musim pertama, malahan ketika awal kemunculannya beliau dipanggil sebagai Zizan Raja Lawak. Beliau juga dikenali menerusi gandingan bersama Johan Raja Lawak membentuk kumpulan Jozan dan banyak menyertai pelbagai pertandingan lawak di Malaysia.
Terbaru, di perkongsian instagram beliau, Zizan Razak gagal menahan sebak ketika bertemu peminat kanak-kanak berusia 10 tahun, Puteri Nur Zulaika Abdullah yang menghidap jangkitan kuman pada paru-paru di sebuah hospital di Port Dickson, Negeri Sembilan, hari ini.
Zizan berkata, kunjungannya adalah bagi memenuhi permintaan kanak-kanak terbabit yang sudah lama teringin berjumpa dengannya.
“Saya difahamkan, Puteri Nur Zulaika terkena jangkitan kuman pada paru-paru ketika berusia lima bulan disebabkan kencing tikus.
“Sebaik melihat keadaannya, saya tidak dapat mengawal rasa sedih lalu menangis. Kalau lihat dia secara fizikal tampak sihat, tapi doktor beritahu, kesihatannya merosot sejak kebelakangan ini.
“Apabila diberitahu saya hendak datang, bukan main seronok dia sampai tak mahu tidur. Sepanjang sejam meluangkan masa, dia mendoakan agar saya murah rezeki, dipelihara kesihatan dan cepat dapat jodoh,” katanya
Zizan juga berharap peminat-peminatnya dapat mendoakan agar Puteri Nur Zulaika yang menghidap jangkitan kuman pada paru-paru, segera sembuh. Dalam pada masa yang sama, Zizan sempat membuat panggilan video kepada Johan bagi membolehkan Puteri Nur Zulaika yang meminati pelawak itu, bercakap dengan gandingannya dalam program Jozan itu.
“Dalam keadaan sekarang, hanya doa yang mampu memberi keajaiban kepadanya untuk kembali sembuh. Doktor beritahu dia perlu dibedah.
“Insya-Allah, saya akan cuba sedaya upaya membantunya. Cuma apa yang penting buat masa ini adalah doa daripada anda semua,” katanya.
“Saya pernah melawat beberapa peminat yang menghidap penyakit kronik. Selepas saya bertemu, mereka makin pulih. Biarpun mungkin secara kebetulan, saya anggap apabila kita tunaikan hasrat orang, mereka jadi lebih kuat semangat melawan penyakit.
“Saya sering memberi kata-kata perangsang kepada mereka agar terus kuat dan tidak mudah putus asa hanya disebabkan penyakit. Alhamdulillah, ada antara mereka sudah sihat dan berumah tangga,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: Wikipedia, BHarian dan Instagram Zizan Razak,
Leave a Reply