Solat Jumaat ‘New Norm’ Pertama, Aliff Satar Luah Rasa Syukur

Pelakon dan penyanyi Alif Satar meluahkan rasa teruja apabila dapat menunaikan solat jumaat di masjid selepas beberapa bulan tidak melakukan ibadah tersebut.

Dalam masa sama, penyanyi lagu I Want You To Love Me itu menyarankan agar datang awal ke masjid untuk mendapatkan saf (barisan) hadapan.

“ALHAMDULILLAH.. solat jumaat ‘new norm’ pertama, Alif. Jom ramai-ramai penuhkan masjid dan surau kita.

“Feels great to come back home. p/s Datang awal, kalau dulu pukul 12 boleh saf pertama, sekarang kalau datang timing sama dapat saf ke-7. Bawa sejadah!,” kongsinya.

Menurutnya lagi, meski datang seawal jam 12, namun dia masih mendapat saf belakang.

Bagaimanapun,dia berhasrat untuk datang awal pada minggu depan untuk mendapatkan saf hadapan.

 

View this post on Instagram

 

ALHAMDULILLAH.. solat jumaat ‘new norm’ pertama, Alif. Jom ramai-ramai penuhkan masjid dan surau kita😊 Feels great to come back home. p/s Datang awal, kalau dulu pukul 12 boleh saf pertama, sekarang kalau datang timing sama dapat saf ke-7. Bawa sejadah!💪🏽💯 @masjidwilayahofficial

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Terdahulu, hampir tiga bulan masjid dan suarau ditutup akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Masjid dan surau kembali dibuka yang membolehkan umat Islam menunaikan solat Jumaat dan solat jemaah lima waktu.

Mengikut SOP yang disediakan, jemaah juga perlu memakai pelitup muka, selain mengambil wuduk serta tidak bersalaman atau bersentuhan sepanjang berada di masjid dan surau.

Foto : Instagram Alif Satar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*