Jawapan ‘Jujur’ Pelajar Sekolah Ini Dalam Temubual Buat Ramai Gelak Besar

Setelah hampir 3 bulan sekolah ditutup dan pelajar diarahkan untuk belajar secara online bagi membendung penyebaran wab4k C0vid-19, hari ini (Rabu) sesi persekolahan telah dimulakan semula bagi pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan awam tahun ini.

Selain ada yang seronok untuk pulang ke sekolah, ada juga yang telah terlalu selesa duduk di rumah sehingga tidak bersedia untuk memulakan persekolahan.

Salah seorang pelajar yang ditemubual pada hari pertama persekolahan telah menarik perhatian ramai dengan jawapannya yang terlalu jujur.

Dalam temubual oleh akhbar online Malaysia Gazette, pelajar lelaki bernama Muhd Fikri itu mengatakan bahawa dia telah membuat persiapan sekolah seminggu sebelum persekolahan bermula.

Persiapan diambil seminggu awal katanya. Almaklum la, lama tak sekolah.. tak jumpa baju sekolah… so saya prepare la…

Namun, apabila ditanya pula apakah yang dilakukannya sepanjang 3 bulan, pelajar tersebut dengan selamba menjawab dia banyak menonton drama Korea dan tidur, memang membuat ramai orang gelak besar… Jujur sangat tu dik! hehehe…

Pelajar itu juga berkata sukar untuk belajar secara online di rumah berbanding sekolah kerana sambungan internet yang tidak lancar.

Temubual yang diberikan pelajar itu membuat ramai gelak besar kerana jawapannya yang terlalu jujur dan spontan.

Malah ada juga yang mempersoalkan bagaimana dia boleh menonton drama Korea jika sambungan internetnya tersekat-sekat.

Dan lagi satu isu yang viral adalah apabila MG tersalah letak tagline nama adik fikri sebagai Muhammad Aris. Tak pasal2 nama kawan dia pn jadi viral sekali…

Hahaha.. Macam- macam ragam ye.

Sumber: HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*