“Fasa paling bahagia..” – Ramona Zamzam

TIADA apa yang lebih menggembirakan pelakon Ramona Zamzam ketika menyambut hari lahir ke-30 selain dikelilingi ahli keluarga dan teman rapat.

Ramona berkata, pada usia ini dia melalui fasa yang paling bahagia bagi seorang wanita.

“Secara rasminya saya menyambut ulang tahun ke-30 semalam, tak hairan langsung dengan hadiah.

“Rasanya saya dah capai fasa di mana saya hanya mahu dikelilingi ahli keluarga dan kawan-kawan rapat,” tulisnya.

Ramona bersyukur masih dikelilingi ahli keluarga dan teman rapat.

Lebih membahagiakan, dia bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapanya di sisi.

Pelakon filem Jengka ini turut meluahkan kegembiraannya apabila melalui banyak pengalaman manis berbanding perkara buruk sepanjang hidupnya.

“Di usia 30 tahun, saya dah berkahwin dengan orang yang saya cintai dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Saya antara manusia paling bahagia di dunia… setiap hari bersyukur

RAMONA ZAMZAM

PELAKON

“Melancong ke banyak tempat dan masih ada ibu bapa… sangat dirahmati, saya tak akan mengeluh.

“Terlalu banyak perkara baik terjadi berbanding yang buruk, saya antara manusia paling bahagia di dunia, setiap hari bersyukur,” ujarnya.

Dalam pada itu, perkongsian Ramona di Instagram dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat serta rakan-rakan selebriti.

“Selamat hari jadi, gorgeous mom! Semoga sentiasa diberkati Allah,” komen Bella Astillah.

Ramona menyambut ulang tahunnya yang ke-30 pada Khamis.

“Selamat hari jadi, si cantik!” tulis Mia Ahmad.

Ramona dan suaminya, Rami Alashkar berkahwin pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivanna Alashkar yang kini berusia tiga tahun.

 

 

View this post on Instagram

 

Officially turned 30 yesterday, can’t even be bothered about receiving presents. I think I have reached a phase of life where i only wanna be surrounded by family & closest circle of friends. At the age of 30 i’m married to the love of my life and got a daughter out of it. Travelled so much and still have my parents around. – TOO BLESSED, not gonna complain. Too many beautiful things compared to the bad ones, i am literally one of the happiest human on earth – GRATEFUL EVERYDAY. Received so many wishes since yesterday, reading them one by one today. Thank you so much and to many many more hugs & kisses! 🥰 Photos by @20film.co @johnahmd – thank you for capturing this special day 😘 #RamonaTurns30 #RamonasBirthday #25June #ramonazamzam

A post shared by RAMONA ZAMZAM Alashkar (@ramonazamzam) on

 

View this post on Instagram

 

30th Birthday celebration complete 🥰 Ivanna tu sibuk nak tiup candle orang ish 😆 Cake : @kekandco Cake Tray : @bearorion

A post shared by RAMONA ZAMZAM Alashkar (@ramonazamzam) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber:  Apple Hijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*