Pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan anak keduanya petang 18 Jun 2020
Berita gembira itu dikongsikan sendiri suaminya, Mohd Izham Tarmizi yang juga merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT).
“Salam…Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak kedua kami pada jam 5.20 petang tadi (semalam).
“Terima kasih atas doa kalian semua,” tulisnya ringkas menerusi satu posting di Instagram Story miliknya malam tadi.
Semalam, menerusi satu status di Instagram Story, Mia turut berkongsi perkembangan dirinya yang sedang berada di sebuah pusat perubatan bagi menyambut kelahiran cahaya matanya.
Mia juga telah berkongsi gambar terbaru bayi mereka setelah kembali ke rumah.
Subahanallah…Alhamdulillah…Allahuakbar… Welcome home babygirl
View this post on Instagram
Subahanallah…Alhamdulillah…Allahuakbar… Welcome home babygirl ❤️❤️❤️ . . . Deco : @fyypartymaker
Terdahulu, Mia mengakui dirinya hamil anak kedua selepas netizen mula membuat spekulasi apabila dia mula menggunakan hashtag #BabyMoonInBaliAgain.
Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017.
Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress
Sumber: izhamtarmizi24 dan mia.ahm4d instagram
Leave a Reply