Tak Basuh Pad H@ntu Kacau?

Haid merupakan d4rah yang keluar dari rahim perempuan yang sudah baligh pada waktu-waktu tertentu.

Antara simpton yang dialami kebanyakan wanita apabila didatangi haid adalah senggugut, sakit payudara, rasa loya, ketidakstabilan emosi, sakit-sakit sendi dan lain-lain.

Apabila didatangi haid, wanita dilarang sama sekali untuk melakukan ibadah-ibadah seperti solat, berpuasa, dan membaca ayat suci Al-Quran kerana d4rah haid adalah najis dan dianggap kotor.

Namun begitu yang menjadi tanda tanya ialah adakah perlu membasuh tuala wanita sebelum membuangnya?

Berikut perkongsian melalui Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Soalan :

Adakah perlu membasuh tuala wanita sebelumnya membuangnya kerana saya ada terdengar yang mana jika tidak dibasuh sebelum membuangnya Jin akan makan d4rah haid yang ada pada tuala tersebut. Adakah terdapat sebarang hadis atau athar yang berkaitan?

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Tiada sebarang athar atau hadis yang menunjukkan bahawa tuala wanita yang terkandung d4rah haid perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum membuangnya. Bahkan tidak ada riwayat dari para Sahabat dari kalangan wanita menyatakan bahawa mereka membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya. Juga tidak terdapat arahan dari Nabi agar membasuhnya. Yang Nabi arahkan adalah jika d4rah tersebut terkena pakaian sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Asma’ Binti Abu Bakar. Kata beliau :

سَأَلَتُ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ دَمِ الْحَيْضَةِ يُصِيبُ الثَّوْبَ فَقَالَ : حُتِّيهِ ثُمَّ اقْرُصِيهِ بِالْمَاءِ ثُمَّ رُشِّيهِ فَصَلِّى فِيه

Maksudnya :” Aku bertanya kepada Nabi saw tentang d4rah haid yang terkena pada pakaian. Nabi saw bersabda : basuhlah ia dan gosoklah ia dengan air serta siramlah ia (setelah digosok). Kemudian solatlah dengan pakaian tersebut.”

Riwayat al-Tirmizi (138) & Abu Daud ( 362)

Adapun membasuh tuala wanita sebelum membuangnya,  tidak pernah diarahkan oleh Nabi saw. Ini dapat dilihat dari zahir hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri. Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw :

أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَالنَّتْنُ وَلُحُومُ الْكِلَابِ قَالَ الْمَاءُ طَهُورٌ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ

Maksudnya :” Adakah boleh kami mengambil wuduk dari perigi yang mana dibuang di dalamnya kain-kain yang terkandung d4rah haid, nanah dan daging anjing. Sabda Nabi saw : Air itu suci dan tidak dinajiskan oleh sesuatu,”

Riwayat al-Tirmizi (66) & Ahmad (11257) di dalam Musnadnya

Zahir hadis menyatakan bahawa الحِيض iaitu kain tuala wanita dibuang tanpa dibasuh terlebih dahulu. Jika kain tersebut dibasuh, masakan ada yang bertanya tentang kesucian air perigi tersebut.

Kami menyatakan bahawa tiada sebarang hadis atau athar yang menyatakan perlu membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya. Adalah tidak benar jika ada yang mengatakan bahawa ia perlu dibasuh terlebih dahulu kerana dibimbangi akan menjadi makanan jin. Namun tidak dinafikan bahawa syaitan adalah antara kalangan yang memang menyukai perkara-perkara yg kotor & najis. Ini berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik yang menyebut doa Rasulullah saw ketika masuk ke dalam tandas. Rasulullah berdoa :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

Maksudnya :” Ya Allah aku berlindung dengan Engkau dari al-Khubuth dan al-Khabaith.

Riwayat al-Bukhari (6322)

Kata al-Khattabi :

“al-Khubuth adalah kata jamak bagi al-Khabith yang membawa makna syaitan jantan. Manakala al-Khabaith adalah kata jamak bagi al-Khabithah yang membawa makna syaitan betina.”

Rujuk Ma’alim al-Sunan (1/10)

Cuma kami mengesyorkan beberapa perkara :

  1. Tuala tersebut perlu dibuang di tempat yang khusus. Jika boleh asingkan dari tempat buangan yang biasa digunakan seperti mana yang dilakukan di hospital.
  2. Jangan dibuang merata-merata seperti di mangkuk tandas dan lain lain tempat yang tidak sesuai. Ini kerana, ia boleh menimbulkan suasana tidak selesa.

Ada juga sesetengah kaum wanita masih berpegang dengan prinsip untuk membasuh pad mereka setiap kali datang bulan disebabkan sudah terbiasa daripada kecil sehingga dewasa. Tak ada masalah pun perkara tu, terpulang kepada diri masing-masing. Tapi biasanya kalau dekat public toilet, takkan masih nak basuh pad juga? Kan keadaan tidak mengizinkan dan persekitaran pun kurang bersih dan kurang selesa.

Sebelum nak bersihkan pad tu, ada beberapa faktor yang perlu diambil berat terlebih dahulu ya. Just imagine kalau korang berada dekat shopping mall, takkan nak cuci pad? Habis la kotor toilet tu dengan darah korang? Cuba tengok faktor ini kalau masih lagi nak cuci pad sekiranya korang berada dekat luar kawasan rumah:

  • Tandas akan berbau hanyir dengan darah
  • Lubang tandas mempunyai saki baki darah
  • Darah melekat di lantai tandas
  • Pengguna tandas akan tunggu dengan lebih lama

Korang kena faham juga, bila dah namanya tandas awam mesti ramai orang akan menggunakannya. Jangan disebabkan korang, orang ramai kena tahan nak buang air besar dan air kecil. So kena faham la mengikut keadaan dan situasi ye

[VIDEO] : Perkongsian melalui youtuber Siti Awe

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber : MuftiWP , Siti Awe Youtube, Lunaria

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*