Wow!
Pic – Expecting Twins again …
Alhamdulillah – Syukur teramat .
Dr Halina is now 13 weeks pregnant with twins .
Berikut perkongsian berita gembira oleh Dr Sheikh Muszaphar melalui Instagram beliau
Perkongsian yang di buat 3jam yang lepas telah mendapat hampir 100K like dan lebih 4K komen mengucapkan tahniah kepada Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Harlina.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, beliau berasa amat gembira dan tidak dapat mengambarkannya dengan kata-kata.
“Ia seperti Deja vu sekali lagi.
“Kami sentiasa mahukan sebuah keluarga yang besar,” tambahnya.
Beliau bagaimanapun memberitahu, hamil anak kembar adalah berisiko tinggi berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini.
“Mual berganda, muntah berganda, kembung berganda, keinginan berganda dan pendarahan berganda seperti yang pernah dialami isteri.
“Sukar untuk melihat Dr Halina dengan kandungan trimester pertama dan masih bekerja sebagai frontliner (petugas barisan hadapan) bagi merawat pesakit Covid-19,” katanya.
Terdahulu pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Kami di DD mendoakan agar Dr Halina dan baby sihat walafiat. Tahniah kami ucapkan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress
Sumber: Instagram Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina
Leave a Reply