Rupanya 8 selebriti ini sebaya, tapi ada yang nampak matang dari usia sebenar

Tidak dinafikan memang agak svsah untuk kita meneka berapa umur seseorang itu, tambahan lagi kalau mereka dilihat seakan lebih matang daripada usia sebenar.

Belum kira lagi kalau yang wanitanya bersolek sakan. Lagi tak boleh nak agak berapa usia mereka yang sebenar.

Apa pun, di sini kami senaraikan artis tempatan kita yang dilahirkan pada tahun 1990, jadi kini usia mereka sudah pun mencecah 30 tahun. Sepanjang tempoh bergelar anak seni, pelbagai pencapaian yang dilakar mereka.

Jom tengok siapa yang sebaya ni!

1)Shila Amzah – 13 Ogos 1990

Bakat seni yang dimiliki oleh Shila diwarisi dari bapanya ,iaitu pelakon dan penyanyi 80an, ND Lala.

Lebih manis apabila Shila berjaya menembusi industri hiburan negara China dan menempatkan dirinya sebaris dengan artis popular di sana.

Mendirikan rumahtangga dengan Haris Idraki Elias pada tahun 2018, pasangan ini telah dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais.

2)Stacy – 18 Ogos 1990

Bintang ini dilahirkan dari program realiti TV popular, Akademi Fantasia 6.

Memilih nama Ummu Shaikhah Stacy binti Anam ,Stacy memeluk Islam pada tahun 2015 dan menamatkan zaman solonya bersama penyanyi Akim Ahmad,juga kelahiran Akademi Fantasia.

Pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Eshaal dan juga seorang anak angkat Bella Deluna.

3)Fattah Amin – 14 September 1990 

Walaupun kehadirannya di bidang seni bermula dari menyertai pertandingan Hero Remaja, nama Fattah Amin melonjak naik ketika berlakon bersama Neelofa dalam drama “Suri Hati Mr Pilot”.

Fattah mendirikan rumahtangga dengan pelakon wanita popular,Fazura pada tahun 2017 dan kini sedang menantikan cahayamata sulung mereka yang dijangka lahir pada September ini.

4)Aliff Satar – 19 September 1990

Artis bebas k0ntroversi ini dicvngkil bakatnya dalam program realiti One in A million.

Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian dan lakonan, Aliff juga seorang pengacara yang versatile.

Aliff banyak mengacarakan rancangan – rancangan di stesen televisyen Media Prima dan Astro bersama Shahrol Shiro,Sherry Al Hadad dan Zizan Razak.

Mendirikan rumahtangga pada  15 September 2014 dengan Sha Dila Halid yang juga merupakan pengurusnya, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Alisha Anugerah  dan Ariana Mecca serta seorang anak lelaki,  Muhammad Ali yang dilahirkan pada tahun lepas.

5)Ardell Aryana – 13 April 1990

Nama sebenar Ardell ialah Nurul Hidayah binti Mohd Amin  merupakan seorang pelakon, pengacara dan model wanita Muslimah.

Memulakan kerjaya seni pada 2013, Ardell mula memakai hijab sepenuhnya pada tahun 2017.

Ardell sah menjadi isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa pada 2019 dan baru  sahaja dikurniakan cahayamata sulung pada 5 Jun 2020 yang lalu .

6) Nad Zainal– 16 Mei 1990

Sepanjang kerjaya seninya yang bermula sejak 2008, Nad telah memenangi pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Anugerah Bintang Popular bagi Pelakon TV Wanita Popular dan Anugerah Skrin 2018 bagi Pelakon Wanita Terbaik (Drama).

Nad berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015 dan pasangan ini dianugerahkan seorang cahaya mata,Fahad Ibrahim yang kini berusia 4tahun.

7)Izzue Islam – 2 Jun 1990

Pemilik nama sebenar Muhammad Izzul Islam bin Mazlan ini memulakan kerjaya seni sebagai pelakon dan seterusnya bidang nyanyian dengan menyertai sebuah kumpulan di bawah naungan KRU  iaitu Forteen.

Izzue mula dikenali selepas memenangi anugerah “Pelakon Harapan dalam Filem Festival Malaysia dan juga “Hero Baru Terhebat Anugerah Blokbuster 2.

Izzue mendirikan rumahtangga bersama dengan pengurusnya, Awin Nurin pada 2 Jun 2013.

8) Zulin Aziz – 9 Mei 1990

Zulin Aziz memulakan kerjaya lakonan pada 2009 selepas bakatnya dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama.

Masih lagi solo, Zulin dikatakan bercinta dengan pelakon Ikhlas Jalil.

Jadi rasanya dalam ramai-ramai ni siapa yang awet muda? Korang nilaikan sendiri. Ok?

Selamat Hari raya!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: LMP

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*