“Selepas 4 Tahun Tak Putus Berdoa, Allah Makbulkan, Alhamdulillah…”- Isteri Ruzaini Jamil Hamil, Rizman Ucap Tahniah!

Isteri kepada pereka fesyen jenama terkenal (Rizman Ruzaini), Ruzaini Jamil iaitu Hidayati Yahya atau Deq Da kini hamil empat bulan.

Berita gembira tersebut dikongsi Ruzaini atau Wan Ruzaini Wan Jamil menerusi sebuah perkongsian di laman sosial Instagram (IG) pada petang, Isnin.

Rizman turut memanjatkan rasa syukur di atas kurniaan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT buat dirinya dan isteri.

Tiada kata setinggi bahasa yang dapat kami coretkan untuk digambarkan perasaan syukur yang tidak terhingga dengan rezeki terbesar dari Allah S.W.T kepada kami.

“Empat tahun berdoa dan menunggu dengan penuh kesabaran, Alhmdulillah, doa kami, doa dari keluarga serta rakan-rakan dan semua mereka yang mendoakan telah Allah makbulkan empat bulan yang lalu.

“InsyaAllah akan kami pelihara rezeki dari Allah ini dengan penuh sulaman kasih sayang dan didikan agama selayaknya seperti yang dituntut.

“Kami dengan rasa rendah diri, ingin memohon agar semua rakan taulan dapat terus berdoa supaya bayi dalam kandungan ini cukup sifat, sihat walafiat dan diberi kecerdikan akal.

“Jika dia seorang lelaki, semoga menjadi Al-Fateh untuk agama dan negara, dan jika dia perempuan, semoga dia menjadi bidadari yang dirindui syurga.

“Untuk isteriku, moga selamat dan dipermudahkan segala urusan sepanjang kandungan zuriat kita bersama,” tulisnya.

Sementara itu, rakan kongsi Ruzaini, Rizman Nordin turut meluahkan rasa gembira dan mendoakan agar semua urusan sabatnya itu dipermudahkan.

“Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah SWT, pemilik sekalian alam yang maha ADIL lagi SAKSAMA.

Sesungguhnya perancangan Allah itu begitu indah.. mengurniakan pada hamba-hambaNya yang memohon, tepat pada masanya.

“ALLAHUAKBAR.. tidak tercapai dek akal, tidak terungkap dek kata-kata. Mereka berdua insan yang berhati mulia.. tak pernah berkira dan sentiasa ada bersama..di kala susah mahupun senang…

“Dipanjatkan rasa syukur dan tahniah buat abang dan kakak saya @jamil.ruzaini & @deqda,semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada di bawah pelindungan dan jagaanNya. Amin amin ya rabbalalamin,” tulisnya.

Laman sosial dua sahabat baik itu dilimpahi ucapan tahniah daripada warga net termasuk rakan-rakan artis.

 

View this post on Instagram

 

‎رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. QS. An-Naml 27:19) Tiada kata setinggi bahasa yang dapat kami coretkan untuk digambarkan perasaan syukur yang tidak terhingga dengan rezeki terbesar dari Allah S.W.T kepada kami. 4tahun berdoa dan menunggu dengan penuh kesabaran, Alhmdulillah, doa kami, doa dari keluarga serta rakan2 dan semua mereka yang mendoakan telah Allah makbulkan 4bulan yang lalu. InsyaAllah akan kami pelihara rezeki dari Allah ini dengan penuh sulaman kasih sayang dan didikan agama selayaknya seperti yang dituntut. Kami dengan rasa rendah diri, ingin memohon agar semua rakan taulan dapat terus berdoa supaya bayi dalam kandungan ini cukup sifat, sihat walafiat dan diberi kecerdikan akal. Jika dia seorang lelaki, semoga menjadi Al-Fateh untuk agama dan negara, dan jika dia perempuan, semoga dia menjadi bidadari yang dirindui syurga. Untuk isteriku, moga selamat dan dipermudahkan segala urusan sepanjang kandungan zuriat kita bersama. in shaa Allah Amin..ya Rabbal alamin … #ruzainideqda Terima kasih photography blackpepperproduction ,makeup oleh @bobocinta dan penata gaya @rizman.n @aizataidid @xeliciousxass

A post shared by وان محمد روزايني وان جميل (@jamil.ruzaini) on

Sumber : GEMPAK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*