Kilafairy Dah Delete Foto ‘Free Hair’

Penyanyi dan pelakon, Kilafairy yang kini mula mengenakan hijab penuh dilihat sudah pun memadam fotonya yang tidak bertudung di Instagram.

Memiliki hampir 950,000 pengikut di aplikasi perkongsian foto itu, platform tersebut kini hanya dipenuhi dengan foto terkini dirinya selain foto lama yang memaparkan kucing peliharaan serta aktiviti seni terdahulu.

Sebelum ini, Kilafairy yang juga anak kepada bintang senior, Rohana Jalil menerusi Berita Harian memberitahu, keputusannya untuk mengenakan tudung bukan hadir daripada paksaan sesiapa.

Sebaliknya, ia seiring dengan kematangan usia.

“Saya percaya niat yang baik akan dipermudahkan. Hati saya terbuka mahu mengenakan hijab. Saya membulatkan tekad tanpa tekanan mahupun paksaan sesiapa.

“Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan. Apa yang lebih diharapkan saya kekal istiqamah.

“Perubahan ini seiring dengan peningkatan usia dan kematangan diri. Saya percaya dalam hidup kita tidak boleh terus berada di takuk lama, perlu ada penghijrahan.

“Saya berhasrat mahu menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Sudah enam bulan saya menjaga penampilan diri, nyata saya selesa,” katanya seperti yang dipetik.

Terdahulu, pemilik nama lengkap Syakila Nisha Jangir Khan ini juga turut berkongsi antara kisah menarik apabila sudah bertudung menerusi saluran YouTube rasminya.

Foto: Instagram Kilafairy, Rohana Jalil

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: Media Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*