[FOTO] “Terima kasih sayang untuk cahaya mata kedua kita”- Jep timang baby boy…

Setelah dikurniakan cahaya mata pertama pada tahun 2018, Jep Sepahtu dan Sari Yanti selamat menimang anak kedua mereka. Nampaknya cukup sepasangan cahaya mata pasangan ini selepas Jep Sepahtu menerusi laman Instagram mendedahkan isterinya itu melahirkan baby boy.

Anak pertama diberi nama Dariya Inara, pasangan yang berkahwin pada 2017 ini belum lagi mendedahkan nama anak mereka namun Jep sebentar tadi menerusi Instagram berkongsikan sekeping foto anaknya yang difahamkan dilahirkan kelmarin.

“Subhanallah. Alhamdulillah… Allahuakbar. Terima kasih sayang untuk cahaya mata kedua kita.” Tulis Jep disamping menulis hashtag 662020 dan babyy boy.


Sebelum ini, selepas h@mil beberapa bulan Sari Yanti mendedahkan dia hamil anak kedua dan ternyata bulan ini mereka selamat dikurniakan cahaya mata lelaki pula.

Dalam pada masa yang sama, diruangan komen perkongsian Jep bersama sekeping foto berkenaan menerima ribuan tanda suka dan reaksi ramai yang turut tumpang gembira dengan kehadiran baru dalam keluarga mereka.

Beberapa hari lalu, Tomok juga selamat menerima cahaya mata perempuan setelah dikurniakan dua orang anak lelaki. Dalam pada masa yang sama, pasangan selebriti Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa juga dikurniakan cahaya mata sulung mereka.

Biodata Pelakon Sari Yanti, Isteri Jep Sepahtu

Biodata

1. Pemilik nama penuh Sari Yanti binti Mohamad Nazari. Popular sebagai Sari Yanti.

2. Kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 9 November 1984.

3. Berusia 36 tahun.

4. Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.

5. Pemegang Diploma Pengajian Perniagaan daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

6. Pelakon, model dan penerbit yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2006.

7. Antara drama dibintanginya seperti Kisah Kaisara, Annissa, Suria Di Cordoba, Anugerah Terindah, Cinta Si Egois, Jawatan Kuasa Kalut dan Cik Serba Tahu.

8. Termasuk telefilem Pilot Dara, Menantu Mak Uteh, Perangkap Perkahwinan, Penjara Seorang Isteri, Ayah Den Lapeh, Segi Tiga dan banyak lagi.

9. Pembabitan di layar lebar menerusi filem Impak Maksima dan Misteri Jalan Lama.

10. Penglibatan di pentas teater pula menerusi pementasan Hexa X Unus.

11. Membuat kemunculan dalam iklan jenama Hotlink (Maxis) Prepaid, KFC, Sunsilk dan Rexona.

12. Beliau bersama suaminya, Jep Sepahtu menyandang trofi Couple Meletop di Anugerah MeleTOP Era 2018.

13. Mendirikan rumah tangga dengan Mohd Eddy Casmady Che Hussein pada 16 Januari 2009, sebelum memilih untuk bercer4i pada 11 Disember 2014. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua zuriat lelaki bernama Barr Al Aliy dan Baasit Al-Haq.

14. Kemudiannya Sari berkahwin buat kali kedua dengan pelawak Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017 dan sehingga kini mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Dariya Inara kelahiran 25 April 2018.

Fakta Menarik

  • Berdar4h campuran Melayu dan Minang.
  • Karier seninya bermula sebagai model sambilan susulan kemenangan diraih dalam pertandingan gadis penghias muka depan pada tahun 2006.
  • Teman rapat kepada pelakon Wan Sharmila.

Foto

 

View this post on Instagram

 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Semua 🙏🏻❤️

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Sumber : HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*