Pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang kelima.
Lebih manis lagi masing-masing mengabadikan kenangan menerusi posting terbaru di akaun Instagram dengan memuat naik foto perkahwinan mereka beserta ucapan sweet.
Menerusi posting tersebut Hanis dan Hairul memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan atas kebahagiaan yang dikurniakan kepada mereka.
“Allah izinkan perkahwinan ini masuk tahun kelima. Allah izinkan kita setiap hari makin jatuh cinta. Semoga terus menerus di dalam lindunganNya,” tulis Hanis.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen rakan selebriti juga tidak ketinggalan memberikan ucapan kepada pasangan ini.
Antaranya Fazura, Fify Azmi, Daiyya Trisha, Yasmin Hani dan Daphnie Iking.
Terdahulu, Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015.
Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dikurniakan dua cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress
Sumber: BSM
Leave a Reply