Dr Hisham ckp Malaysia sdg beralih ke fasa pemulihan, Sekali Pakar kesihatan ni ckp PKPB wajar dilanjutkan, SOP diperketatkan

PUTRAJAYA: Malaysia sedang beralih ke fasa pemulihan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), membolehkan semua sektor dibuka, dengan pemantauan menggunakan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagi menangani penularan w4bak COVlD-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pentadbiran akan dijalankan sekiranya berlaku peningkatan kes positif, atau mana-mana lokaliti dan kumpulan disyaki ada jangkitan, selain menjalankan saringan di kawasan terbabit.

Katanya, pihaknya melihat kepentingan untuk menggunakan Akta 342 dan membuka semula sektor ekonomi, sosial dan pelajaran.

“Ini kita laksanakan dalam negara dahulu. Jika kita laksana dalam negara dan berjaya baru kita pertimbang laksanakan di peringkat antarabangsa,” katanya pada sidang media harian COVlD-19, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, kerajaan juga akan melihat kawalan sempadan negara yang ketika ini diperketatkan, serta cadangan untuk kemungkinan memberi kelonggaran terhadap negara yang berada di paras tinggi dalam Indeks Pemulihan COVlD-19 Global.

“Mungkin kita akan lihat bagaimana boleh memberi kelonggaran kawalan sempadan kepada negara yang ada ‘ranking’ dalam Indeks Pemulihan COVlD-19 Global, negara yang dikelaskan sebagai zon hijau kita boleh pertimbangkan. Ini satu cadangan.

“Kita juga melihat jika saringan boleh dijalankan di negara masing-masing sebelum mereka ke negara kita. Jika kita boleh kuarantinkan mereka sebelum mereka datang ke negara kita, mungkin satu lagi cara untuk kita pertingkatkan kelonggaran sempadan dan pastikan yang tiada jangkitan berlaku.

“Ini dalam proses perbincangan dan kita akan melihat keadaan semasa, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan kita juga akan melihat perkembangan di negara lain,” katanya.

Beliau berkata, dengan merujuk kepada indeks berkenaan, Malaysia berkemungkinan melihat kerjasama dengan negara jiran serta menggunakan platfrom ASEAN.

PKPB wajar dilanjutkan, SOP diperketatkan – Pakar kesihatan awam

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berakhir 9 Jun ini wajar diteruskan dengan kerajaan perlu mempertimbangkan kelonggaran bagi sektor tertentu.

Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Hayati Kadir Shahar, berkata pada masa sama prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat perlu dilaksanakan bagi memastikan masyarakat tidak melanggar arahan ditetapkan.

“PKPB wajar diteruskan dan perlu diberi kelonggaran sedikit demi sedikit misalnya bagi sektor ekonomi dan keagamaan yang sudah boleh mula beroperasi .

“Bagaimanapun, SOP ketat perlu dilaksanakan dan jika ada yang gagal mematuhinya, mereka boleh terus dikompaun,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Dr Hayati berkata, masyarakat perlu sentiasa diingatkan untuk mengikuti SOP walaupun PKPB telah dilonggarkan untuk sebahagian sektor.

“Kepatuhan kepada SOP dan disiplin diri telah mula menjadi norma baharu dalam kalangan rakyat.

“Gelombang kedua boleh berlaku jika ada rakyat mula leka dengan kawalan kendiri dan memandang remeh kepada kepatuhan SOP,” katanya.

Beliau berkata, pemantauan berterusan dan penguatkuasaan perlu dipertingkatkan supaya rakyat terhindar daripada jangkitan COVlD-19.

“Orang ramai dinasihatkan supaya terus mengamalkan pendekatan 3W merangkumi kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear) dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).

“Elakkan 3C, iaitu jauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation),” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: Media Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*