Khatijah Tan kongsi foto terkini anaknya,pelakon Pierre Andre yang lama menghilang

Pelakon berbakat,Pierre Andre pernah mencipta nama dalam filem Gol dan Gincu sebagai Reza bergandingan bersama Fazura pada tahun 2005 dan juga drama bersiri Dunia Baru tayangan TV3.

Selepas itu, Pierre juga mengasah bakatnya dalam bidang pengarahan dan pernah mengarah beberapa buah filem antaranya 9 September, I’m not Single dan juga Jangan Tegur.

Namun, pada 2016, selepas mengarahkan filem Kecoh Primadona Kena Hantu yang turut menampilkan ibunya,Khatijah Tan Pierre perlahan-lahan berundur dari dunia seni.

Pierre juga tidak aktif di laman s0sial menyebabkan ramai tertanya-tanya ke mana menghilangnya pelakon dan pengarah berbakat besar itu.

Biarpun tidak pernah terpacul daripada mulut Pierre Andre bahawa dirinya kecewa dengan dunia seni, namun, naluri keibuan Khatijah Tan kuat menyatakan ada sesuatu yang tersirat dalam diri anak sulungnya itu.

Pelakon Khatijah Tan memberitahu, Pierre menerima banyak tawaran termasuk mengarah drama, filem dan menulis skrip selama ini.

Namun, setakat ini, anaknya masih belum terbuka hati untuk kembali aktif.

“Pierre selesa dengan kehidupan bersama isteri dan anak perempuan mereka yang berusia empat tahun.

Khatijah juga ada berkongsi foto terkini gambar mereka sekeluarga untuk tatapan peminat.

Menurut Khatijah lagi, Pierre masih menetap di Kuala Lumpur dan kini sibuk menguruskan perniagaan atas talian.

“Saya pernah bertanya apakah dia merajuk dengan industri seni. Namun, Pierre menafikannya.

“Pierre cukup miisteri… Dia sukakan kehidupan sekarang yang lebih ‘low profile’.

“Tapi saya tahu, dia masih sayangkan bidang perfileman. Setiap kali pulang ke Ipoh, kami akan meluangkan masa menonton filem antarabangsa,” katanya.

Selain gemar menonton filem, Khatijah berkata, Pierre masih menunjukkan minat dalam bidang pengarahan.

Sesekali Pierre mengarahkan filem pendek untuk saluran YouTube keluarga mereka iaitu Andre Brothers.

Antara filem pendek pernah dihasilkan berjudul Loceng menampilkan mereka sekeluarga temasuk adik, Mikail Andre.

Bagaimanapun, menurut Khatijah, saluran berkenaan diwujudkan sekadar ‘suka-suka’, bukan mengejar wang.

Khatijah pernah mencadangkan Pierre terus mengarah kerana dia bekerja sendiri dan tidak terikat dengan majikan.

“Tetapi Pierre beritahu belum masanya lagi. Saya rasa ada perkara yang membuatkan dia kecewa tapi dia tak mahu luahkan.

“Tapi sebagai seorang ibu, saya dapat merasakan dia kecewa. Dia mengundur diri bukan sebab merajuk dengan sesiapa.

“Dia kecewa kerana tidak berjaya memberi sesuatu kepada industri. Paling dia kecewa melihat nasib rakan-rakan di belakang tabir yang tidak menerima bayaran setimpal.

“Pierre pernah beritahu, dia kasihan dengan mereka kerana kerja di sebalik tabir tampak glamor, tetapi hakikatnya mereka hidup ‘kais pagi makan pagi’.

“Perkara itulah yang membuatkan dia paling sedih,” katanya.

Khatijah mendedahkan dia pernah memberitahu anaknya ‘pr0tes’ senyap yang dibuat tidak akan mengubah apa-apa.

Namun, Pierre masih tetap dengan pendiriannya.

“Bagi saya tindakan pr0tes secara senyap tidak membawa kebaikan. Bagi saya, apa yang penting adalah memastikan kita dapat meneruskan kelangsungan hidup.

“Lagipun, tiada siapa yang akan ingat dan mengenang kita selepas kita pergi,” katanya.

Berkongsi mengenai kerjaya seninya pula, Khatijah memberitahu, dia masih aktif berlakon dan tidak merancang mengundurkan diri.

Bagaimanapun, pada usianya yang mencecah 59 tahun, Khatijah agak selektif memilih watak kerana enggan digelar ‘stereotaip’.

Apatah lagi sejak lima tahun lalu, dia bersama suami memilih menetap di Ipoh, Perak. Lantas, Khatijah lebih selesa menerima tawaran telefilem berbanding drama rantaian.

Khatijah juga bersyukur biarpun agak sepi dari dunia hiburan, pengarah seperti Heykal Hanifah, Rashid Sibir, Othman Hafsham dan Datuk Yusof Haslam masih menghargai pelakon lama sepertinya.

“Bersama mereka, saya tidak perlu pening kepala bertanya mengenai bayaran.

“Bagi produksi yang saya tidak pernah bekerjasama, saya pastikan tawaran tidak merugikan dan merendahkan martabat saya sebagai pelakon,” katanya.

Pierre Andre yang dilahirkan pada 17 Mac 1985 adalah seorang pelakon, pengarah dan penulis serta anak kepada pelakon veteran Khatijah Tan. Pierre banyak membintangi serta mengarah filem dan drama dan pernah memenangi Anugerah Yasmin Ahmad di Anugerah Skrin 2012.

Filem Primadona Kena h4ntu yang ditayangkan pada 13 Oktober 2016 adalah filem komedi seram Malaysia terakhir arahan Pierre Andre sebelum membuat keputusan untuk bersara.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: LMP

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*