“Muka seiras lah”- Sambut birthday, gelagat ‘sweet’ Harris buat Intan Ladyana cvri tumpuan peminat

Selepas mendedahkan hubungan sebenar, Harris Alif bersama Intan Ladyana kini semakin menjadi perhatian peminat-peminat mereka selepas sekian lama berteka-teki.

Meskipun, jarak umur antara kedua-dua selebriti ini menjadi buah mulut orang ramai namun Harris Alif mengatakan ia tidak menjadi penghalang untuk mereka meneruskan hubungan selain menganggap perbezaan usia bukan satu masalah.

Walau bagaimanapun, setelah kisah mereka menjadi tular baru-baru ini ramai warganet yang mendoakan jodoh mereka selain turut berkongsi perkahwinan usia yang berbeza tetap bahagia.

Terbaru pula, apa yang mencvri tumpuan peminat mereka apabila Intan Ladyana dilihat berkongsikan hadiah istimewa diterimanya sempena ulang tahun kelahirannya.

Menerusi Instagram, dia berkongsikan dua keping foto sejambak bunga disamping memberikan kata-kata ‘sweet’ dan dia juga menulis kapsyen ringkas dan turut ‘tag’ laman Instagram kekasihnya itu.

 

View this post on Instagram

 

thank you 🤍🥰🥰🥰

A post shared by 🎬 (@intanladyana) on


Posting Intan di Instagram ternyata membuatkan peminat dan pengikut tak keruan melihat gelagat sweet pasangan ini.

Menjenguk pula kelaman Instagram Harris Alif, ternyata dia juga berkongsikan saat-saat bahagia mereka menyambut ulang tahun kekasihnya itu dengan memuat naik sekeping foto.

“Happy birthday my lucky charm…”

Diruangan komen menerusi perkongsian pasangan ini, ternyata dibanjiri pelbagai reaksi positif peminat yang ada diantaranya mengusik mereka kerana merasakan tidak lama lagi bakal ‘bau nasi minyak’ pasangan ini pula.

Dalam pada masa yang sama, wajah seiras Harris dan Intan Ladyana menjadi bualan warganet setelah Harris Aliff berkongsikan foto.

Sumber : HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*