Man Raja Lawak turun 30kg, penampilan terkini mengeejutkan semua. Bila Man bertukar gaya…

PELAWAK Man Raja Lawak ,43, berpuas hati kerana dapat menurunkan berat badannya dari 98 kilogram kepada 68 kilogram sekarang.

Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kassim berkata, dia hanya mengambil minuman kesihatan berperisa koko sejak tiga bulan lalu selain mengamalkan pemakanan sihat.

“Tak sangka pula minuman kesihatan itu berkesan dan sesuai dengan badan saya. Hanya cuba-cuba minum sahaja untuk mendapatkan hasilnya.

“Selama tiga bulan minum, kini nampak hasilnya. Alhamdulillah, saya sudah kurus berbanding bertubuh gempal sebelum ini sejak bertahun-tahun lama.

“Bukan tak pernah cuba produk kurus lain sebelum ini, tapi tidak serasi dan sesuai dengan saya agaknya kerana tidak membawa kesan perubahan berat badan,” katanya.

Menurut Man, lebih menggembirakannya lagi apabila ukuran pinggang juga berubah dari 40 inci sebelum ini kepada 32 ini.

“Ukur lilit pinggang saya sudah kurang lapan inci. Saya juga sudah boleh pakai baju bersaiz M. Sebelum ini saya pakai saiz XXL.

“Selain itu, saya juga sudah lama tak ambil langsung minuman manis dan bergula. Kini, teh tarik pun saya dah nampak macam air longkang. Tak ada keinginan nak minum seperti dulu,” katanya.

Menurut Man, dia juga kini kurang mengambil nasi tetapi masih bertenaga ketika bekerja kerana masih mengamalkan pengambilan makanan berkhasiat yang lain.

Bercerita mengenai kerjayanya, Man berkata, dia akan terbabit dengan dua program TV yang mana salah satunya adalah penggambaran sitkom bulan ini.

Katanya, dia sudah bersedia untuk kembali bekerja di lokasi dengan memastikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan dan Kementerian Kesihatan berikutan pandemik Cov1id-19 belum pulih.

Versi Beto

 

View this post on Instagram

 

Mudah..cepat dan sihat bersama Cococurv..anda nak kurus ?? jom klik link di bio skg👆

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

 

View this post on Instagram

 

Done tuka saiz suar..semalam beli xleh try pasal PKP..amik ar 3 helai saiz 34 pasal pikir klu ketat leh kurus kejap jer dlm sehari dua kecik nyer hal ar..balik umah pakai dah longgar ar pulak..aku jadi mcm org giler kejap..xkan aku pakai saiz 32 doh mcm x caya pun ade..tapi klu minum cococurv mana de yg mustahil kacang jer nak kurus..kowang nak kurus tekan link kat bio 👆👆 kalau nak ensom mcm abg pakai Rayban dari @bullshades.my #kembalikankeyakinandiri

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Versi Hazama

 

View this post on Instagram

 

Ma..diaowg ckp muka kita sme ar 🤣 #kembalikankeyakinandiri

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

THE REAL ONE 

 

View this post on Instagram

 

Assalam jumaat kengkawan🙏🙏🙏

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: BSM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*