“Aku respect Sharnaaz tak mcm ustaz tu nak kawin tapi cer4i yg satu lagi” Netizen

WALAUPUN wujud ‘konflik’ di antara mereka, namun ia tidak menghalang pelakon popular, Sharnaaz Ahmad, 35, meraikan Aidilfitri bersama isteri, Noor Nabila Mohd Noor dan anak mereka Jebat Jayden, hari ini.

Demi anak tersayang, Sharnaaz menolak tepi kemelut antaranya dengan Nabila semata-mata untuk bersama-sama mensyukuri Aidilfitri yang menyatukan mereka sekeluarga bersama. Pastinya ini adalah yang paling menggembirakan Sharnaaz hari ini.

Sharnaaz yang memuat naik foto mereka bertiga berpakaian berona biru di Instagram berkata, perkara itu sudah cukup sempurna buatnya.

“Cukup sempurna dah bagi aku. Ba (ayah) sayang kamu anak. Ibu dan ayah ketepikan 1su antara kami dulu.

“Selamat Hari Raya sayang ba, Jebat Jayden. Dan kepada Nabila juga, ibu yang hebat kepada anak lelaki saya,” tulisnya di Instagram.

Rata-rata pengikut di Instagram termasuk rakan artis memuji ikatan silaturahim yang masih utuh antara Sharnaaz dan Nabila demi kebahagiaan anak mereka itu.

Noor Nabila sebelum ini memfailkan percer4ian terhadap Sharnaaz di m4hkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pada 11 September tahun lalu selepas desas-desus mengenai rumah tangga mereka h4ngat diperkatakan media.

Bagaimanapun, Sharnaaz menolak permohonan cer4i yang difailkan Noor Nabila dan m4hkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam k3sperceraian itu.

Bagaimanapun, Sharnaaz pula memfailkan permohonan nvsyuz terhadap isterinya itu pada 30 September tahun lalu.

Januari lalu, Sharnaaz menyangkal d4kwaan netizen mengatakan dia sengaja melengah-lengahkan proses percer4ian dan enggan melepaskan Nabila. Dia juga turut mengakui ada usaha untuk berbaik dengan isterinya semula.

Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Antara komen Netizen

Aku respect dgn Sharnaaz ni

Elok tu demi kebaikan anak

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: BSM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*