“Pec4h habis malam ni Sepahtu Reunion… ini paling l4wak…”

Sekian lama peminat meluahkan rasa rindu untuk menonton rancangan kumpulan pelawak terkenal iaitu Sepahtu yang berjudul Sepahtu Reunion Live 2020, akhirnya pada malam tadi warganet dapat melihat edisi puasa.

Seperti yang diketahui, memandangan situasi yang melanda negara, pihak rancangan Sepahtu Reunion telah menangguhkan untuk bersiaran bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Walau bagaimanapun, rancangan yang menampilkan gandingan empat anggota, Jep, Shuib, Rahim dan Ilya ini telah menayangkan episod pertama Sepahtu Reunion Al Puasa 2020 pada malam tadi dimana ianya sentiasa menemani penonton setiap Jumaat di Astro pada jam 9 malam.

jep

Menerusi perkongsian di Instagram Zon Lawak, ternyata episod malam tadi berjaya membuatkan mereka terhibur seperti biasa malah dikatakan juga ia episod paling lawak.

Pada episod kali ini turut menampilkan pelawak terkenal, Man Raja Lawak bersama artis jemputan iaitu pelakon Afifah Nasir dan Diana Rafar.

Difahamkan, sebelum ini bahawa rancangan Sepahtu Reunion Al Puasa 2020 bagi episod berkenaan merupakan rakaman. Pun begitu, melihatkan perkongsian di Instagram ini, pelbagai reaksi positif penonton yang akui gelak besar apabila menyaksikan gelagat selebriti-selebriti berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

Saksikan sekarang #SepahtuReunionAlPuasa2020 Jumaat jam 9.00 malam (bermula 15 Mei) di Astro Warna (CH127) & Warna HD (CH107)! Anda juga boleh strim program ini menggunakan telefon pintar dengan memuat turun aplikasi Astro GO secara PERCUMA sekarang! @jepsepahtu @rahimr2 @shuibsepahtu @manrajalawak @afifahnasir93 @dianarafar #sepahtureunion #sepahtureunionlive2020 #sepahtu

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on

Warganet juga mengatakan bahawa episod pertama sangat kelakar sehingga membuatkan mereka turut merah muka akibat ketawa.

Dalam pada masa yang sama, diruangan komen perkongsian Man Raja Lawak di Instagram miliknya juga mendapat pelbagai reaksi memuji pelawak berkenaan yang diakui sangat menghiburkan.

Screenshot_240

Screenshot_241

Screenshot_242

Screenshot_243

Screenshot_244

Screenshot_249

Sumber: Instagram Zon Lawak, Man Raja Lawak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: Apple Hijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*