Pelakon Sharnaaz Ahmad pada awal tahun ini menjelaskan dia akan mempertahankan perkahwinan dengan Nabila walaupun ibu kepada anaknya itu telah memfailkan percer4ian mereka. Namun, sejak kebelakangan ini, perkongsian mereka suami isteri di Instagram seolah memberi bayangan hubungan mereka kembali pulih.
Ucap selamat hari ibu
Sempena hari ibu, akaun Instagram anak sulung mereka, Jebat Jayden Ahmad membuat posting mengucapkan Selamat hari ibu buat Nabila disertakan beberapa foto dan video throwback dua beranak itu.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah Sharnaaz turut meninggalkan ucapan selamat buat isterinya. Setakat ini, komen tersebut mendapat lebih 600 likes dari pengikut yang tumpang gembira dan mahu pasangan ini kembali bersama.
Peminat doakan kembali bersatu
Ruangan komen turut dibanjiri dengan doa dan harapan pengikut yang mahukan rumah tangga pasangan ini kembali pulih demi kebaikan mereka bersama selain kebahagiaan zuriat sulung mereka itu.
Sudah tinggal bersama?
Sharnaaz juga sebelum ini ada memuat naik video putera kesayangannya itu semasa berada di rumah isterinya. Video-video berkenaan seolah memberi bayangan seolah mereka sudah tinggal bersama. Namun, setakat ini masih tiada kenyataan jelas dikeluarkan sama ada Sharnaaz mahupun Nabila berhubung isu rumah tangga mereka.
Sumber: Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress
Sumber: Media Viral
Leave a Reply